Monday, May 17, 2010

Terima Kasih CIKGU.....



Salam seceria pagi... alhmdulillah, hari ini muncul lagi dan dengan penuh harapan agar hari-hari yang di lalui menjanjikan yang terbaik buat semua.. Tanggal 16 Mei setiap tahun tarikh ini tak akan mugkin di lupakan.. kerana ia di kira bersejarah buat insan yang bergelar Cikgu.. Jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa tak dapat di nafikan lagi.. dan sehingga hari ini aku tak pernah terputus hubungan dengan cikgu-cikgu ku.. sejak di alam persekolahan lagi, aku memang rapat dengan cikgu-cikgu di sekolah dan bukan lah mustahil jika sehingga hari ini kami bertemu dan bertegur sapa dengan penuh mesra tiap kali bertemu.. ada juga yang turut mengundang aku di majlis perkahwinan mereka.. aku rasa begitu istimewa apabila di hargai...

bagi aku, tiada ruginya jika kita mewujudkan hubungan rapat dengan cikgu, kerana dari situ perhatian dan tumpuan dia akan lebih kepada kita.. kita gunakan lah peluang itu sebaik mungkin untuk menimba ilmu.. walaupun nasib aku tak sebaik kwn2 lain yang telah berjaya ke Menara Gading tapi aku tetap bersyukur kerana aku telah mempunyai pekerjaan yang tetap berbanding rakan2 lulusan universiti yang masih tercari cari pekerjaan yang sesuai dengan mereka... buat kalian aku doakan selamat berjaya..

terkilan rasa hati bila melihat di zaman sekarag profesion perguruan ini terlalu mencabar. bukan kerana apa tapi sedih pabila melihat pelbagai ragam dan cara anak murid sekarang menentang guru mereka. tak boleh salah sikit, terus simpan dendam dan kalau nasib tak baik memang guru itu mereka kerjakan.. mengapa semua ini boleh berlaku.. bukan kah seorang cikgu itu ibarat ibu bapa kita di sekolah.. mereka yang menjaga dan di beri tangungjawab untuk mendidik kita. apa salah nya jika berbuat baik pada mereka kerana jika berjaya bukan cikgu yang untung tapi kalian juga yang untung.. sedar dan ubah lah presepsi anda terhadap guru-guru anda.. kerana pada zaman pesekolahan saya dahulu perkara seperti ini susah sangat nak berlaku...

apa-apa pun, jasa dan pengorbanan guru perlu kita hargai kerana tanpa mereka siapalah kita hari ini.. sayangi dan hargai guru anda.. buat Cikgu Che Ragayah Che Omar, Cikgu Hasmah Mohamed, Cikgu Fadilah dan semua bekas guru yang mengajar saya di SMK Rompin, jasa dan tiap ilmu yang kalian berikan tak akan mungkin saya lupakan sampai bila-bila.. SELAMAT HARI GURU... semoga kalian terus di beri pengiktirafan dalam membentuk anak bangsa, jagan mudah mengalah kerana kalian adalah yang terbaik buat kami semua....






Friday, May 14, 2010

Terima Kasih My Sis


huhu.. dah 27 tahun pun masih potong kek.. ape pun itu penghargaan yang cukup bermakna buat sy.. tapi maaf gambar potong kek tak ada di sebabkan birthday girl ni demam... huhu.. susah2 aje kakak ku ni.. ape2 pun sejuta terima kasih buta anak2 sedara ku Alya dan Arif.. makteh sayang kamu.... muahhh

Bukan ku Tak Sudi....


Salam.... maaf lama sngt rasa tak update blog ni... kekurangan idea skrg... ape2 pun sy nk ucap jutaan terima kasih kpd yang masih setia mngikuti coretan sy disini.. jika anda perasan 70% tulisan di sini adalah mngenai perjalanan hidup ini.. bukan untuk mncari publisiti murahan tp sekadar berkongsi pengalaman hidup disamping setia komentar anda sy terima dengan hati yang trbuka....
sesungguhnya masa itu tak dapat di undur kembali.... ia akan terus meniti hari2 yang mahu atau tidak kita perlu mnghadapinya....

Mungkin ramai yg mngerti bahawa diri ini kdg kala sering ungkapkan kata2 seperti org kecewa.. sebenarnya itu hnya lah secebis memori dlm hidup ini.. skrg telah mula tinggalkn kenangan lalu dan cuba untuk terus bina semangat jati diri yang baru... insyaallah.. ada juga yg selalu bertanya, bila nk cari penganti.. sbnr, soalan itu tak perlu di jawab.... biarlah masa yg menetukan.. sy jnji dengan kalian, jika hati ini telah di miliki sy akan kongsi cerita itu dengan anda semua di sini..

akhirnya, persoalan sy terjawab.. setelah hmpir seminggu saya telah trjawab.. sejak kembali bekerja Isnin baru ni sy trlihat ada sebuah kotak yg begitu indah di atas meja sy.. nak brtanya segan, pada fikiran sy tentulah ada yang trtinggal di atas meja ni... namun, lepas sehari ke sehari sy mula gusar milik siapakah kotak itu.. kata sorg rakan pejabat sy kotak itu milik sy. alangkah trkejutnya... sy biarkn dulu mngkin rakan sy hnya brgurau... hari baru sy buka dan terlihat sesuatu dlm kotak tersebut..

mungkin sy tidak mngenali sngt pengirim hadiah itu.. namun, sy ucapkan ribuan terima kasih kerana anda mngirimkan sesuatu buat sy di hari yg cukup bersejarah buat sy. sy amat hargai tnda ingatan anda itu.. cuma sy mohon ribuan kemaafan keran menolak pelawaan anda untuk makan tengahari brsama tempoh hari.. harap anda faham.. sbenarnya, sukar untuk sy terima.. sy mngaku sy tak pernah terima hadiah hari lahir dari org luar. biasanya rakan trdekat dan ahli keluarga saja.. maka dengan berat hati sy terima hadiah itu sbg tnda ingatan anda buat saya... terima kasih...


teady bear ni di sertakan dengan sekuntum rose merah di dalamnya

Wednesday, May 5, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG


Pada tanggal 05 mei 2010 usia ku genap 27 tahun. Dah cukup bnyk kan. namun, ape yg penting aku harap dan brdoa semoga aku menjadi seorang yang lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. berlainan tahun ni, aku meraikan ulangtahun ku bersama keluarga tersayang serta rakan2 yang selama ini setia sentiasa bersama diriku.. tiada sambutan mahupun hadiah kerana bagi aku cukup lah ingatan tulus ikhlas dari mereka sekalian. Sunyi?? oh tidak.. aku tidak merasa bebanan itu. aku masih ada lagi rakan2 serta keluarga ku yg aku tahu amat2 mnyangi diri ini.

aku tahu, pada usia sebegini aku sepatutnya mnpunyai teman hidup. aku percaya dgn ketentuan takdir kerana DIA yang lebih tahu segalanya. biarlah ape org nk fikir tentang diri aku, aku dah tak mampu untuk menjawab segala pertanyaan kalian. biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan DIA yang maha berkuasa. aku akan terus sabar menanti... semoga impian kita semua menjadi kenyataan.. bila impian menjadi nyata pasti akan terjawab segala persoalan.