Tuesday, December 21, 2010

BiLa aKu diRaIkAn ~~ 20112010~~



Salam, sedar tak sedar rupanya kini aku telah bertukar status.. kadang kala perkara sebegini sukar untuk kita menduga... ada juga yang merancang bertahun tahun tapi akhirnya kecundang di tengah jalan.. berlainan pula dengan kes aku kali ini.. sememangnya tidak terduga dek fikiranku bahawa aku akan bertukar status dalam masa kurang dua bulan... syukur alhmadulillah...

aku percaya pada sebuah takdir yang telah di tetapkan... biarpun kenal tak lama... kenal pun bila ada yang perkenalkan... tapi, semua nya menjadi kenyataan baru2 ini bila takdir telah menyatukan kami berdua.. aku kini sah menjadi tunangan kepada seorang jejaka...

menyingkap kembali perkenalan antara kami, rasa seperti tidak percaya.. kami tak pernah bercinta, tak ada kesempatan untuk ber'dating' wal hal menjadi rakan pun baru sahaja utk beberapa bulan.. itu pun di perkenalkan oleh mak saudara aku sendiri... ini lah yang dinamakan, suratan takdir.. jodoh di depan mata pun kita tak sedar... aku benar2 bersyukur di atas kurniaan Nya kerana DIA telah mengutuskan aku seorg insan yang terbaik untuk membimbing dan menemani aku melayari sebuah kehidupan ini.. Tq Encik Tunang kerana menerima aku seadanya aku... Love u so much....