Tuesday, January 25, 2011

hehe encik tunangku...

As Salam, selamat hari selasa buat semua... hurmmm saya masih teringat ingat dating ngn encik tunang hr ahad lepas.. sangat seronok dn bahagia sangat.. jalan2, shoping, mkn2 sama2 (tq gak kt encik tunang sbb belikan "Vincci" kat sayang hehe).. rasa nya ni lah 1st date kami sejak bertunang... yang kelako rasa nya, akhirnya dia join venture mlm tu utk sama2 hapening kn kuantan with my cousin haha.. lbh kurang 20 orang berkumpul secara tak sengaja.. ok lah tuh kn, bukan je dapat mengeratkan silaturahim tapi dapat gak encik tunang kenal my cousin dengan lebih rapat..

biasa lah, cousin ku ini memang semua nye hapening n meriah bila jumpa.. tapi encik tunang kata, x takut pon dengan cabaran ni coz family dia pun camtu gak.. tabik spring!! la kt u ek.. ok lah kn satu geng lah kita ni..

dan paling mmbuatkan aku sangat gumbira hari ni adalah... 1st time encik tunang komen kt fesbok sejak aku kenal dia.. dasyat kan.. encik tunang pn ada fesbok tp bg dia just utk dptkn maklumat bkn berkongsi maklumat.. so, encik tunang ni mmg tak minat nk post or comment smthng kt fb dia, fb aku or kwn2 dia.. lastly, aku create 1 fb (group) utk aku n encik tunang je.. yg ni privacy sket just kami berdua je yg tau akaun ni.. so, hr ni dia dah komen.. bgus my love coz ada kemajuan dah hehe..

Monday, January 17, 2011

Cik Zue vs Encik Tunang


Walau pun masa yang di janjikan lambat lagi.. tp pening mula mewarnai hidup ku ni.. ahaa.. jgn salah sangka okey.. huhu xder ape lah.. cuma saya sibuk memikirkan wedding yang bakal brlangsung sebelum akhir tahun nanti.. sibuk mencari warna tema.. baju nikah.. banju sanding.. kad jemputan.. hantaran.. dan paling penting setting date kawen lum lg huhu.. wah semua nk di fikirkan..

Saya ada bercakap ngan my encik tunang.. kalo boleh nak siapkan semua sebelum bulan puasa nanti.. tak nak lah kelam kabut.. lagi pun mulai bulan depan saya mulai Bz dgn majlis2 kenduri perkahwinan sepupu2 saya... so, walaupun bz ngn majlis org majlis sndiri kena la di fikirkan jugak...

Macam biasa, My Encik Tunang tak banyak masalah.. katanya semua boleh di bawa berbincang.. satu persatu la sayang katanya huhu... paham2 la ye abang, sayang ni sedikit cerewet huhu.. u know me kn.. sayang just nk wat persediaan kecil2 supaya kita tak kelam kabut nanti.. sayang akn buat check list n nnti kita sit down n bncg elok2 yer dear.. semua ni utk abg n sayang jugak kn... untuk wedding kita.. My Encik Tunang ni sangat memahami.. tu yg aku sayang giler kat dia.. hehe

antara perkara2 pnting yg perlu kita fikirkan :-
1 - Date
2- Warna Tema ( baju n pelamin)
3- Barang2 hantaran
4- Kad Kawen
5- bermacam2 hal lg nk di fikir huhu

p/s kengkawan.. bole gak bg cdgn warna2 tema yg sesuai utk kami.. segala cdgn korg amat di hargai huhu.. kalo boleh gabungan 2 warna.. sangat cantek.. lalala..

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11 so sweet :-)


Salam, sangat cun lg comel kn date hari ni.. jadi saya tak nak ketinggalan utk update date tu dlm entry sy hari ni huahuahua.. ape yg best sgt kwn sy ckp?? hurmmm cntik la sbb smua nye 1 kt situ.. yg lg best sbb hr ni besday penyanyi kesayangan saya Dato Ct Nurhaliza yg ke 32thn..

Diam tak diam ( ayat yg popular skrg slps AJL huhu ) kita dah pun lalui 11hari di tahun 2011.. semoga kita mampu jalani dengan baik dan jayanya ek.. dr dalam hati sy sendiri, 11 hari ni adalah permulaan yang baik dalam kehidupan saya.. dengan rasa rendah diri saya merasakan kasih sayang saya terhadap en tunang semakin mekar berkembang... alhamdulillah.. semoga CINTA saya terhadap Allah S.W.T semakin menebal, CINTA saya terhadap ibu bapa dan keluarga semakin kukuh, CINTA terhadap si dia semakin mewangi serta CINTA terhadap kawan2 juga semakin kuat... saya sayang mereka semua kerana mereka sy tetap di sini..

Wednesday, January 5, 2011

Harga RON 97 naik 10 sen lagi


KUALA LUMPUR 4 Jan. - Harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa esok.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal RM1.90 seliter.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, kenaikan harga minyak petrol RON 97 sebanyak 10 sen adalah kerana mengikut harga pasaran minyak mentah dunia.

Menurutnya, ketika ini harga pasaran minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong.

"Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran semasa.

"Ketika ini, kerajaan tidak lagi menanggung subsidi untuk minyak petrol RON 97 dan kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kenaikan itu mengikut perkiraan yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pada 1 November lepas, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter dan pada hujung bulan itu juga ia sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 15 sen menjadi RM2.30 sen seliter.

Monday, January 3, 2011

Demam Rindu...


Yup!! betul la title kat atas tu... mmg saya sangat RINDU dan sedang di landa Demam RINDU... bkn pd org lain.. of coz la my encik tunang hehe... memang sangat sukar nak citer tapi memang benar saya sangat la rindukan dia... bila lama tak jumpa.. tak borak2.. sure pnyakit saya tuh akan datang huhu... saya akan pastikan setiap bulan jumpe dia... setiap hari dapat phne call or saya call dia.. tak bole tak dengar suara sehari memang kelam kabut la saya huhu.. cuma, bila free sket baru la kami chat kt fesbok...encik tunang kat kuantan saya kat rompin.. walau jarak mybe dlm 280km or 2 jam perjalanan tapi rindu tu lebih mendalam dari semua tuh..

alhamdulillah, sejak kenal dn sekarang menjadi tunang kepada encik tunang.. kami tak pernah gaduh or marah2.. merajuk tu ada la.. itu pun sy yg merajuk kwang2.. salah saya jugak.. sbb saya yang tak faham keBZan dia huhu (kdg2 la bkn selalu eh).. saya sangat bersyukur dengan kehadiran dia dalam hidup saya..


Dating?? hurmm rasa tak pernah kot... sbb kalo just turun kuantan saje2 ats tiket nk dating tu mmg x pernah.. tp kalo jmpe ats tiket lain tu mmg ada... selalu tu tak la tp kebanyakan la.. itu la namanya kebetulan.. 2 in 1 huhu..

ape2 pn, saya sangat sayangkn encik tunang ni hehe... encik tunang pn sangat sayangkn saya katanya.. Tq My Love... harap sangat2 impian perkahwinan kami pada 2011 ni akan menjadi knyataan.. harap jugak dia cinta terakhir saya dn hubungan ini berkekalan selamanya.... AMIN..

p/s Encik Tunang... bila kita nak dating ni hehe





1st day keja di 2011


Salam, ape khabar semua.. cmne 1st day keja di tahun 2011.. di opis ku ini spt biasa bagai tiada perubahan.. masing2 sibuk mngendalikan tgs masing2... ada jugak yg msh smbg cuti.. almaklum la hari pertama persekolahan.. pasti ada yg sibuk hantar anak2 kn.. ada juga mula risau bila hujan mencurah2 tanpa henti.. ape2 pn sy doakan semoga dlm keadaan baik2 saja...

Cuma, agak terkesan dengan kata2 YH Dato' Pegawai Daerah semasa Program ke Arah Perkhidmatan Cemerlang dan Cintai Negara Kita Jan 2011 pg tadi... kata beliau, bersykur kita kerana masih dapat bertemu 2011.. kita perlu ingat bahawa ada juga di kalangan kawan kita pada 2010 tak bersama kita pada tahun 2011.. sememangnya, ia mmberi kesan yg mndalam kepada sebahagian staff di pejabatku kerana kami telah kehilangan seorang pegawai yang berdedikasi pada pertengahan November lalu.. pada tahun 2011 ni, arwah tak sempat untuk meneruskan tugas beliau..

kadang kala, bila aku lalu je di bilik opis dia utk ke bhgian pentadbiran.. pasti aku menoleh seketika ke arah bilik arwah yg kini kosong tiada berpenghuni.. macam trcari cari kelibat arwah.. tapi, kosong.. tiada.. aku cuba yakin kn diri bahawa beliau telah pergi dan tak akan kembali lagi.. semoga arwah tenang di sana.. 4 tahun mnjadi ank buah arwah.. pelbagai kerenah n ragam perlu di hadapi.. arwah seorg yg baik.. tak pernah nak marah if buat silap.. arwah akan tetap senyum sentiasa.. itu lah sifat arwah.. ape2 pun, yang pergi tetap pergi.... al fatihah buat arwah..

Di sini, kami semua berjanji untuk terus meneruskan segala perjuangan arwah yang masih belum selesai.. insyaallah..

Saturday, January 1, 2011

Selamat Datang 01.01.11

salam,
sedar tak sedar hari ini merupakan hari pertama kita melangkah ke tahun 2011.. cepat betul masa itu datang.. ape2 pun, kita tak akan mampu kata tidak kerana ia akan tetap hadir.. bersedia @ tak ia akan tetap muncul..

pasti ramai yg mula memasang azam dn cita2 baru.. bagaimana 2010 adakah ia telah tercapai.. bagi aku sendiri, dari sudut peribadi aku telah berjaya mncapai impian yg penting dalam kehidupan aku tahun lps apabila telah tdiikat dengan sebuah ikatan pertunangan dengan jejaka yang sayangi, cintai, kasihi serta fahami aku.. syukur dengan kurniaan ini..

pada tahun ini pula, sudah pasti aku brazam utk mnjadi isteri yg baik kpd suami yang baik selepas sah menjadi pasangan suatu hari nnti.. insyaallah.. dan ada juga beberapa impian yg telah aku simpan utk dijadikan azam tahun ini.. yg penting aku akn perbaiki segala kelemahan serta kekurangan dlm kerjaya aku sendiri..

semoga kehadiran tahun baru ini amalan serta ibadah kita kepada DIA yang satu semakin bertambah dan dipertingkatkan selain mmberikan kita lebih rezeki, dipanjangkn umur, diberikan kesihatan yg baik, keberkatan, kejayaan, kebahgiaan dalam ape jua yang dilakukan..