Sunday, October 30, 2011

Transformasi Kehidupan.....




Assalam, setelah sekian lama, hr ini aku meluangkan masa ku sedikit untuk mencoret sesuatu disini.. bukan melupai dengan sengaja tapi aku kekeringan idea serta kesibukkan dengan kehidupan yang sangat baru ku tempuhi kini menjadikan ruang untuk aku "berbicara" di sini terhenti seketika... Maafkan aku di atas kealpaan ni... bukan niat untuk berahsia mahupun membuang segala kenangan terindah di sini...

Hari ini aku bangkit dan mula menulis kembali.... untuk sekian kali, aku ingin mengumumkan bahawa..... jeng jeng jeng..... aku kini bergelar "PUAN ZULLIANA" hehe..... alhmdulillah, sudah hampir 2 bulan aku melayari kehidupan sebagai seorang isteri bersama suami yang aku amat cintai... syukur alhmdulillah...

Ringkasnya, pertemuan lebih setahun lepas secara tak sengaja (masa tu aku dah solo okey) menarik minat aku untuk terus mengenali seorang Mr Right yang aku dapat tahu dari rakan2 lain bahawa ada menaruh hati padaku secara senyap sejak sekian lama... ahaaa betul ke @ ia hanya rekaan semata mata dr kengkawan... hanya si dia saja yang tahu.... My Auntie juga bnyk membantu coz suatu ketika dulu mereka officemate... di pendekkan cerita tanggal 20.11.2010 kami mngikat tali pertunangan serta dengan izin dan rahmat dr NYA kami di nikahkan pada 02.09.2011 seterusnya di sandingkan pada 03.09.2011..

dan kini aku adalah suri untuk seorang lelaki yang sangat penting dalam hidupku iaitu Yahya Bin Hamzah @ My Encik Suami hehe...

(memperkenalkan suami yang ku cintai...)




(Y&Z)