Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa
Tuesday, December 21, 2010
BiLa aKu diRaIkAn ~~ 20112010~~
Salam, sedar tak sedar rupanya kini aku telah bertukar status.. kadang kala perkara sebegini sukar untuk kita menduga... ada juga yang merancang bertahun tahun tapi akhirnya kecundang di tengah jalan.. berlainan pula dengan kes aku kali ini.. sememangnya tidak terduga dek fikiranku bahawa aku akan bertukar status dalam masa kurang dua bulan... syukur alhmadulillah...
aku percaya pada sebuah takdir yang telah di tetapkan... biarpun kenal tak lama... kenal pun bila ada yang perkenalkan... tapi, semua nya menjadi kenyataan baru2 ini bila takdir telah menyatukan kami berdua.. aku kini sah menjadi tunangan kepada seorang jejaka...
menyingkap kembali perkenalan antara kami, rasa seperti tidak percaya.. kami tak pernah bercinta, tak ada kesempatan untuk ber'dating' wal hal menjadi rakan pun baru sahaja utk beberapa bulan.. itu pun di perkenalkan oleh mak saudara aku sendiri... ini lah yang dinamakan, suratan takdir.. jodoh di depan mata pun kita tak sedar... aku benar2 bersyukur di atas kurniaan Nya kerana DIA telah mengutuskan aku seorg insan yang terbaik untuk membimbing dan menemani aku melayari sebuah kehidupan ini.. Tq Encik Tunang kerana menerima aku seadanya aku... Love u so much....
Thursday, November 18, 2010
Menuju ke Destinasi Yeah!! Yeah!!
Di Hati Yang Mana
Ku Temu Cinta Terindah
Kau Berikan Ku Jawapan
Tiada Lagi Persoalan
Sambut Cintaku Ini Sayang
Berselimutkan Kasih Kita
Di Ruang Hatiku Yang Terpencil
Mekar Cinta Kita Yang Akhir
Chorus
Kini
Menuju Ke Destinasi
Puncak Cinta Tertinggi
Aku Menunggumu
Aku Takkan Jemu
Kerna Cinta Itu
Termanis Bagiku
Mimpiku Semalam
Kau Hadir Bersama Cinta
Kau Lukiskan Dua Hati
Lambang Kasih Sayang Sejati
Kau Datang Bersama Sinar
Menyuluh Hatiku Yang Pudar
Kini Semua Kembali Berseri
Bila kau hadir kudamba
Ulang Chorus
Bridge
Matahari Masih Jingga
Menyala Cinta Bagai Bara
Perjanjian Kita Berdua
Kekal Selama
Berdua
Berdoa
Bersama
Sayang…
Ulang Chorus
Sunday, November 14, 2010
Menanti Pasti
alhamdulillah, syukur kerana dengan izinnya dapat lah juga aku meluangkan sedikit waktu untuk mencoretkan sesuatu disini.. hari yang ku nanti tetap kunjung tiba.. semua brjalan seperti yang di rancang.. semoga ada yang berpuas hati dan menerima kebaikan dan kekurangan seadanya.. aku hanya insan biasa dan hanya mampu lakukan perkara yang biasa2 sahaja...
Akhirnya kepastian itu terjawab.... seterusnya kita akan menuju ke Destinasi.. ape dia, akan aku share next blog.... suprise hehe... see u.. muahhhh!!
Monday, November 8, 2010
R.E.V.O.L.U.S.I
so, sama2 kita nantikn.. apa yang di maksudkan dengan REVOLUSI... cau cin cu...
Tuesday, October 19, 2010
Bertukar Status.....
yang si lelaki itu adalah sepupu saya... dia ni adalah yang ketiga sepupu saya yang berjaya melangsungkan pertunangan pada tahun ini.. saya, bila pulak??? soalan wajib dan jawapan yang saya sediakan juga wajib.. korg da tau kan so tak perlu la saya nak jelaskan lagi kan....
tahniah buat pasangan.. semoga berkekalan... doa kan buat saya agar punyai kesempatan dan peluang seperti kalian.... tunggguu.....
Friday, October 15, 2010
sedih ku.. sakitku... ku terima...
mereka hanya tahu membuat kesimpulan dan bukan untuk selidik dahulu.. biarlah, saya akan tetap terima semua ini.... hak mereka untuk terus mengata dan membuat tuduhan saya tak akan campur... sya akan terus berdoa agar kebenaran pasti akan muncul suatu hari nanti...
Memilih kot? adil ke... saya tak kisah.. teruslah buat tuduhan... mereka tahu tak betapa saya terlalu sedih dengan perpisahan lalu.. pernah ke mereka ambil peduli.. tak ada kan.. hanya saya seorang yang lalui nya... tapi, untuk apa saya maklum pada mereka sedangkan mereka tak akan ambil tahu pun....
Monday, October 11, 2010
harap ada yang mengerti....
SaLam 10/10/10
Apa cerita dengan 10/10/10.. pasti yang kawen telah pun selamat ijab dan qabul nya.. yang sambut birthday pun dah siap potong kek nya... cuma, di kesempatan yang ada hari ini... saya telah menghadiri beberapa majlis perkahwinan sekitar bandar Kuantan.. sekadar meraikan dan mengambil berkat hehehe...
Terfikir dan teringin juga.. dalam hati sibuk berkata.. "bila giliran aku untuk duduk bersanding di pelamin anganku sendiri".. aku yakin, suatu hari nanti aku akan tetap di raikan.. sekarang biarlah aku hanya meraikan... bila sudah tiba masa itu nanti.. aku akan hargai nya dan meraikan bersama jodoh yang telah di takdirkan buat aku...
ermm.. malam sudah lewat, esok aku akan kembali bertugas kerna sebelum ini seminggu aku berada di Terengganu di sebabkan tuntutan kursus... ok, sayang.. selamat malam dan jumpa lagi....
Friday, July 9, 2010
Kena Ubah or Berubah...
Salam Pagi Jumaat yang terindah buat kalian.. moga2 hari mnjanjikan yang terbaik buat kita semua, Insyaallah..
Ape cerita ngan tajuk di atas... kadang2 saya rasa betapa rugi nya diri ini sebab tak beri peluang untuk diri sendiri... saya merasakan diri ini semakin lama semakin ada tabiat buruk yang menjegkelkan... susah ke nk berubah atau selalu nk kena ubah... mungkin rasa kecewa yang menguasai diri terlalu lama menyebabkan hal ni terus beraja di hati... sy kecewa dgn diri sendiri yang tak mahu berubah... mungkin ada tp seketika then back to basic... cik zue, wake up.. dunia terus berputar adakah kamu ingin terus seperti ini.... come on....
Kecewa... sy kecewa dgn segelintir yang berada di pejabat ini.. saya rasa diri ini seperti di perlekehkan... macam tak ada makna untuk saya terus berada di sini... kadang2 ada yang melihat kita sebagai lemah... saya juga selalu memikirkan yang di sekeliling saya di pejabt ini semuanya tak betul... saya cuba nk elak perasaan itu.. saya cuba untuk tak pedulikan mereka.. kadang2 saya cuba menegur tp sy pulak di persalahkan... saya cuba untuk membantu tapi saya pula yang akan di tuduh bersubahat.. saya takut, kadang2 saya biarkan aje semua tu berlaku seperti saya tak pernah nampak... tapi saya akan ada rasa bersalah dalam diri... saya harap sangat kawan2 faham dengan prinsip saya... dan saya juga berharap mereka tak akan pertikaikan.. bukan untuk pentingkan diri tapi sebenar ia adalah untuk kebaikan bersama...
saya kecewa juga dengan sesetengah pihak... mereka melebelkan orang bujang seperti saya ini sebagai penceroboh hak asasi orang lain.. subahanallah.. saya tak pernah pun terfikir hingga ke tahap itu.. saya masih ada maruah, masih ada pegangan hidup saya tak akan mungkin untuk melakukan perkara sebegitu.. sakit jiwa bila di tuduh begitu... salah ke menjadi orang bujang di usia begini.. bukan kehendak saya tapi inilah dugaan buat saya.. mereka tak seharusnya menilai seseorang itu pada luaran nya sahaja.. saya pun ingin punyai teman hidup.. bahagia seperti orang lain.. saya ada matlamat hidup saya sendiri... saya harap mereka akan berfikir sebelum mereka membuat spekulasi.. kerana sebenar tuduhan mereka itu adalah tidak berasas.. lebih baik mereka siasat dahulu insan yang mereka sayang itu sebelum membuat tuduhan ke atas saya...saya tak akan rampas hak orang.. terima kasih atas setiap tuduhan yang di lemparkan keran itu akan menjadi kekuatan buat saya..
Tuesday, July 6, 2010
Zoo vs Zue
salam, hai semua....
Nama saya Saad Bin Minit, pnggil saya add.. hahaha permulaan pun dah kelako... Baru2 ni sempat meluangkan masa seketika tgk wayang... mula2 dah plan nk tengok cerita Lagenda Budak Setan... huhu tak perasan betul yang cerita tu sebenar dah abis Show Time dia huhu.. xper lah x sengaja hehe.. ape2 pun kami luangkan masa dengan menonton filem Zoo... nmpk macam kelakar sbb ada Mazlan Pet Pet... ape lg, tiket di beli siap sedia utk menonton....
Mmg tak di sangka pilihan kami memang tepat.. ternyata filem ini tak merugikan huhu... kelako nyer dari mula sampai la habis... yg syok, ramai budak2.. kami ingat dah silap Panggung huhu... dah lama sangat rasanye tak tgk wayang, hampir 10 tahun kot sebab last tgk masa form 6 huhu... sian... oleh kerana dah janji maka oarang tu kena la tunaikan janji.... hehe Tq yer.... next time kita tgk lg ek hehe...
Tuesday, June 22, 2010
Bila Lama Tak Update....
12/06/2010
Pada tarikh tersebut seorang lagi rakan saya telah berjaya menamatkan zaman bujang beliau. Tahniah buat Fatieha & Fadlie.. sy sempat jugak ke majlis mereka di Kuantan..
terfikir juga, bila agaknye giliran saya... tp semua tu saya simpan dalam hati selagi DIA belum temukan jodoh saya dengan sesorg yang telah DIA takdirkan.. saya pun sempat memaklumkan perkara ni pada seorang teman karib saya... saya cakap, saya pun rasa nak kawen macam kawan saya tu.. dia kata, sabarlah pasti suatu masa nanti mereka akan meraikan awak pulak.... dengar dia cakap camtu sejuk sket hati ni.. betul jugak kata dia, kalau dah jodoh pasti tak akan kemana... memang benar, hati ini terlalu memerlukan seseorang di sisi yang layak di panggil kekasih.. saya telah mencuba untuk terus mencari dan selagi mampu saya akan tetap menunggu sampai seseorang itu di takdirkan buat saya.. semangat dan dorongan kawan2 menjadi pemangkin semangat buat saya samapi hari ini..
Monday, May 17, 2010
Terima Kasih CIKGU.....
Salam seceria pagi... alhmdulillah, hari ini muncul lagi dan dengan penuh harapan agar hari-hari yang di lalui menjanjikan yang terbaik buat semua.. Tanggal 16 Mei setiap tahun tarikh ini tak akan mugkin di lupakan.. kerana ia di kira bersejarah buat insan yang bergelar Cikgu.. Jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa tak dapat di nafikan lagi.. dan sehingga hari ini aku tak pernah terputus hubungan dengan cikgu-cikgu ku.. sejak di alam persekolahan lagi, aku memang rapat dengan cikgu-cikgu di sekolah dan bukan lah mustahil jika sehingga hari ini kami bertemu dan bertegur sapa dengan penuh mesra tiap kali bertemu.. ada juga yang turut mengundang aku di majlis perkahwinan mereka.. aku rasa begitu istimewa apabila di hargai...
bagi aku, tiada ruginya jika kita mewujudkan hubungan rapat dengan cikgu, kerana dari situ perhatian dan tumpuan dia akan lebih kepada kita.. kita gunakan lah peluang itu sebaik mungkin untuk menimba ilmu.. walaupun nasib aku tak sebaik kwn2 lain yang telah berjaya ke Menara Gading tapi aku tetap bersyukur kerana aku telah mempunyai pekerjaan yang tetap berbanding rakan2 lulusan universiti yang masih tercari cari pekerjaan yang sesuai dengan mereka... buat kalian aku doakan selamat berjaya..
terkilan rasa hati bila melihat di zaman sekarag profesion perguruan ini terlalu mencabar. bukan kerana apa tapi sedih pabila melihat pelbagai ragam dan cara anak murid sekarang menentang guru mereka. tak boleh salah sikit, terus simpan dendam dan kalau nasib tak baik memang guru itu mereka kerjakan.. mengapa semua ini boleh berlaku.. bukan kah seorang cikgu itu ibarat ibu bapa kita di sekolah.. mereka yang menjaga dan di beri tangungjawab untuk mendidik kita. apa salah nya jika berbuat baik pada mereka kerana jika berjaya bukan cikgu yang untung tapi kalian juga yang untung.. sedar dan ubah lah presepsi anda terhadap guru-guru anda.. kerana pada zaman pesekolahan saya dahulu perkara seperti ini susah sangat nak berlaku...
apa-apa pun, jasa dan pengorbanan guru perlu kita hargai kerana tanpa mereka siapalah kita hari ini.. sayangi dan hargai guru anda.. buat Cikgu Che Ragayah Che Omar, Cikgu Hasmah Mohamed, Cikgu Fadilah dan semua bekas guru yang mengajar saya di SMK Rompin, jasa dan tiap ilmu yang kalian berikan tak akan mungkin saya lupakan sampai bila-bila.. SELAMAT HARI GURU... semoga kalian terus di beri pengiktirafan dalam membentuk anak bangsa, jagan mudah mengalah kerana kalian adalah yang terbaik buat kami semua....
Friday, May 14, 2010
Terima Kasih My Sis
Bukan ku Tak Sudi....
Salam.... maaf lama sngt rasa tak update blog ni... kekurangan idea skrg... ape2 pun sy nk ucap jutaan terima kasih kpd yang masih setia mngikuti coretan sy disini.. jika anda perasan 70% tulisan di sini adalah mngenai perjalanan hidup ini.. bukan untuk mncari publisiti murahan tp sekadar berkongsi pengalaman hidup disamping setia komentar anda sy terima dengan hati yang trbuka....
sesungguhnya masa itu tak dapat di undur kembali.... ia akan terus meniti hari2 yang mahu atau tidak kita perlu mnghadapinya....
Mungkin ramai yg mngerti bahawa diri ini kdg kala sering ungkapkan kata2 seperti org kecewa.. sebenarnya itu hnya lah secebis memori dlm hidup ini.. skrg telah mula tinggalkn kenangan lalu dan cuba untuk terus bina semangat jati diri yang baru... insyaallah.. ada juga yg selalu bertanya, bila nk cari penganti.. sbnr, soalan itu tak perlu di jawab.... biarlah masa yg menetukan.. sy jnji dengan kalian, jika hati ini telah di miliki sy akan kongsi cerita itu dengan anda semua di sini..
akhirnya, persoalan sy terjawab.. setelah hmpir seminggu saya telah trjawab.. sejak kembali bekerja Isnin baru ni sy trlihat ada sebuah kotak yg begitu indah di atas meja sy.. nak brtanya segan, pada fikiran sy tentulah ada yang trtinggal di atas meja ni... namun, lepas sehari ke sehari sy mula gusar milik siapakah kotak itu.. kata sorg rakan pejabat sy kotak itu milik sy. alangkah trkejutnya... sy biarkn dulu mngkin rakan sy hnya brgurau... hari baru sy buka dan terlihat sesuatu dlm kotak tersebut..
mungkin sy tidak mngenali sngt pengirim hadiah itu.. namun, sy ucapkan ribuan terima kasih kerana anda mngirimkan sesuatu buat sy di hari yg cukup bersejarah buat sy. sy amat hargai tnda ingatan anda itu.. cuma sy mohon ribuan kemaafan keran menolak pelawaan anda untuk makan tengahari brsama tempoh hari.. harap anda faham.. sbenarnya, sukar untuk sy terima.. sy mngaku sy tak pernah terima hadiah hari lahir dari org luar. biasanya rakan trdekat dan ahli keluarga saja.. maka dengan berat hati sy terima hadiah itu sbg tnda ingatan anda buat saya... terima kasih...
Wednesday, May 5, 2010
SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG
aku tahu, pada usia sebegini aku sepatutnya mnpunyai teman hidup. aku percaya dgn ketentuan takdir kerana DIA yang lebih tahu segalanya. biarlah ape org nk fikir tentang diri aku, aku dah tak mampu untuk menjawab segala pertanyaan kalian. biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan DIA yang maha berkuasa. aku akan terus sabar menanti... semoga impian kita semua menjadi kenyataan.. bila impian menjadi nyata pasti akan terjawab segala persoalan.
Wednesday, March 31, 2010
Tuesday, March 30, 2010
IMPIAN TERLAKSANA TANGGAL 28/03/2010
semua rakan baikku telah di pertemukan jodohnya bersama insan yang telah tercipta buat mereka.. namun, aku di sini akan terus sabar menanti jodoh yang bakal di tentukan buat aku. aku akan terus berdoa agar aku juga punyai kesempatan untuk mengharungi detik-detik seperti mereka suatu hari nanti.. insyaallah..
Friday, March 26, 2010
Arghhh.. Jiwa Kacau
Salam all... cmner ada baik ke hr ni.. sy doakan u all smua sihat sejahtera di bawah lindungannye..
Jiwa Kacau??? huh, satu frasa yg aku amat tak suka.. bkn benci tau cuma kurang senang jer bila prkara ini trjadi pada diri ku.. ( smlm baru nasihat kt mmber last2 trjadi kt aku lak hehe) entah ape yg serabut kt fikiran ni pun xtau.. tp aku cover lg la ngn semangat nk p kenduri kawen my best frnd hujung mnggu ni....
aku tak pasti la... aku dok mngelamun sorg2 entah ape yg aku pk... kdg2 rasa mcm aku miss somebody.... tp siapa.... kdg2 dtg jugak memikir bhwa ada ke yg nk sygi aku... ada ke yg nk amik aku sbg teman hidupnya.... adakah aku layak utk sape2??? smua tu dlm pemikiran aku...
aku cuba bg ruang pd diri aku sndiri supaya org x akan pk aku ni sbg sorg yg kolot.. yg xmau hadapi dugaan brcinta lagi... tp dorg paham ke bahawa sakitnya jika cinta itu tak kesampaian...??? aku bkn takut tp aku rasa mcm kurang berani utk pertaruhkan cinta ku lagi...
namun, dlm pada tu.. aku cuba la bg peluang pd sesorg yg aku kenal... mmg pernah dia cerita yg dia sudi utk jaga dan sayangi aku.. aku suka dgn keperihatinan dn sikap brtngjwb yg dia tonjolkan.. tp bole ke aku caya dgn kata2 nya @ ia sekadar utk memujuk hati ku yg rawan dek kerana kisah pts cinta ku dulu... sampai bila harus aku mnunggu.... sehingga tahap mana aku nk beri peluang itu pada dia...... haruskah aku untuk trus hidup dlm kyalan.. aduahai.. ssh nye kn utk hadapi mslh jiwa kacau ni... u guys bole ke tolong sy hadapi semua ni??
see u next blog... bye, muahh....
Wednesday, March 24, 2010
Oh NOVEL !!!!
Novel dan aku ibarat lagu dan irama yg x bole di pisahkan (cewahhh)... mmg aku suka dan suka sangat ngn novel... bagi aku inilah kepuasan bila dok sendirian... aku harap ia akn brkekalan....
Monday, March 22, 2010
LAMA TAK UPLOAD PICTURE..
SABARLAH . . .
Itu je kata2 yg mmpu ku lafazkan pd mu semua sahabat dan para kenalan ku sekalian... bkn aku sngaja bkn jua mnyerah kalah namun inilah yg dinamakan takdir.. tak perlu utk sy mnjelaskn kenapa dan mngapa kerna sy sndiri belum temui jawapan yg sy cari... cuma sy harap kalian bersabar kerana sy sndiri pun belum kenal erti jemu untuk terus brsabar dgn dugaan yg melanda ini... kalo kalian mngalah ini beerti sy jua tiada kekuatan utk trus brjuang..... berdoalah utk sy jika kalian ingin impian itu jadi knyataan suatu hari nnti.. sy jua tak akan sesekali brhenti utk trus brdoa agar di pertemukan jodoh...
siapa yg tak bimbang dlm usia mnginjak 27tahun sy masih belum temui teman hidup.... sape x terasa bila rakan2 sebaya sibuk dgn anak2 yg semakin mmbesar.. dan aku??? msih lagi trcari cari sesuatu yang belum pasti.. sy anggap cerita cinta sy dahulu adalah kenangan yg amat berharga tp sy percaya pada takdir yg telah dia tentukan... dia bukan utk sy dan sy juga bkn untuk dia... dan skrg sy sedang menanti cinta yang baru.. cinta yg mmberi sy bahagia brpanjangan... cinta yang mmpu mnyatukan sy dan di sehingga ke pelamin nan indah... cinta yang mmberikn sy sebuah keluarga.... cinta yg mmberi sy makna sbnar kasih sayang .... sy mennti dan akan terus menanti cinta sebegitu...... insayaallah jika benar kalian akan ttp mendapat kad undangan dari saya..... pesanan sy.. bersabarlah....
MENGHITUNG HARI....
Salam buat semua...
Errmmm bagaimana dgn hari anda hari ini... baik @ sebaliknya... ape jua yg anda sdg jalani @ lakukan smga DIA sntiasa merahmati kalian... amin...
sy sibuk dok mnghitung hari.... mnghitung tntg ape??? hehe... tntg majlis perkahwinan kawan baik sy yg bakal berlaku pada 28hb mac 2010... rasa teruja bila impian sy melihat dia kawin selama ini bakal mnjadi nyata... kalo setahun lepas kwn sy di kuantan dan kini giliran kwn sy di jerantut yg sy da anggap dia mcm kakak sy sndiri.... sy tahu bkn sng utk dia mncapai apa yg dia impikan selama ini.. hnya dengan keizinan DIA saja dia mampu utk harungi semua ini.... to my sister sweet hope u happy ok dlm mnanti saat2 di satukan dgn abg.....
saya?? jgn di tnye pasal sy sbb sy rasa mcm dah penat utk mnjawab tiap soalan yg menerpa huhu.. sy cuma boleh jawab jodoh belum smpi.... bukan memilih.... bukan tak mahu... bukan menolak dan bukan juga kecewa tp hanya satu yg saya pegang.. DIA BELUM UTUSKAN JODOH BUAT SAYA.. sy redha dgn semua itu kerana sy tahu tak semua yg kita impikan akan kita perolehi semuanya..... sy cuma perlu brsabar atau lebih penting tak putus2 brdoa... mgkin ada sesorg buat saya cuma dia belum muncul....
Thursday, March 11, 2010
Penghijrahan yang baik.....
ermm sbnr hari ni aku nk citer pasal lain.. mlm td sy di maklumkan oleh salah sorg shbt, di mana kata beliau tahun ini adalah tahun utk beliau brhijrah... sy kagum dgn alasan yg beliau berikan dan sy mnyokong penuh dgn hasrat beliau itu... hijrah yg mmbawa kpd kebaikan itu adalah perkara yg amt penting... mngkin di tmpt baru nnti beliau akan lebih selesa dan di hargai... apa2 pun shabatku, setiap apa cabaran yg mndatang sabar la dalam mnghadapinya kerana hnya dgn kesabaran dn keberkatan sahaja kita mampu utk atasinya sgala rintangan yg mndatang itu dgn di susuli usaha yg penuh kesungguhan... buat mu shbt aku akn sntiasa mndoakan kebaikan mu walau di mana jua kamu berada...
p/s : hijrah dr single kpd couple bila pulak hehe... (tau da jwpn dia Wait n See)
Friday, March 5, 2010
Aku Rindu....
oh Tuhan.... akhirnya selepas berbulan lamanya aku berjaya kembali untuk berada di ruangan ini.... mmg aku amat2 brsyukur..... tak tahu di mana silapnya... aku gagal untuk membuka kata laluan di blog aku sendiri.... sedih nya rasa tak tahu la nk cerita.. macam2 cara aku gunakan.. pelbagai org aku menagih simpati untuk pastikan blog aku ini kembali brfungsi... berkat kesabaran dan di hari jumaat yg mulia ini... semuanya kembali spt asal..... alhmdulillah...
Bukan tak mahu mmbuka akaun baru tp aku amat syg sgt blog yg ada ni.... yang pasti aku yakin pasti ada hikmah kn...
so, kwn2 ku di harap kalian masih setia sentiasa brsamaku seperti sebelum ini... besar harapan ku agar kalian tetap menerima kehadiran ku sebagai bloger... setia mnjadi teman... menjadi pengkritik tetap ku....