Wednesday, April 13, 2011

SaNgaT GuMbiRa...

alhmdulillah, syukur sangat2.. virus demam yg aku dapat baru2 ni dah hampir sembuh... cuma suara lagi masih serak2 ella hehe.. ape2 pun aku tetap brsyukur dan terima ini sebagai satu dugaan...

terasa sedikit lapang hati ni bila berpeluang berbual dengan encik tunang hampir 1 jam petang tadi.. tq my love kerana sudi meluangkan masa untuk sayang dalam kesibukan yang melanda diri abang.. sayang faham tuntutan tugas abang dan sayang akan tetap setia menanti... biasa nya kami memang tak pernah lost contact, hr2 kami akan gunakan peluang itu untuk lepaskan rindu.. bila dalam kesibukan ni aku kena lebih faham dia...

berbicara soal gembira, aku tumpang bahagia bila salah seorg bestfriend aku telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 27hb julai 2011 lepas... tahniah puan tini kini 2 orang la hero u hehe.. tak lupa juga date tu aku bertemu kembali dengan kak aty.. kali ni cukup berbeza kerana pertemuan kami ni di temani oleh pasangan masing2... aku dengan encik tunang dan dia dengan en suami.. bahagia aku melihat mereka... cuma masih belum rezeki mereka untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini... insyaallah coming soon kn...

Monday, April 11, 2011

SaLaM PeNuh KeRINDUan

salam sangat merindu.... lama betul tak bersua di sini.. last update feb 2011... mohon maaf buat follower ek..

Hurmmm hari ni masih kurang sihat.. saya telah di landa demam hampir 3 hari.. hari ni pulak suara nyaris tiada akibat batuk teruk... ada orang kata saya di landa demam rindu.. benarkah begitu.. rindu itu pasti tapi demam itu sebuah dugaan kan.. saya terima dengan hati yang terbuka..

berbicara soal rindu, ternyata ia memang hadir dlm diri ini.. setiap saat setiap ketika saya akan di landa kerinduan ini.. bukan orang lain yang saya merindu dia adalah my encik tunang.. saya memang tak boleh nak berjauhan dengan encik tunang.. bila pula dia bertugas di luar dan sukar untuk berhubung, sudah pasti kerinduan saya akan semakin menebal..

pada kebiasaan nya kami akan sentiasa berhubung.. berkongsi cerita mahupun masalah.. tapi, saya memahami tuntutan tugas dia kali ini walau kadang kala hati saya menolak untuk terima.. saya fahami kerjaya dia dan saya tau my encik tunang memang seorang workerholic.. encik tunang pernah berkata, kerja dia bukan saje2 tapi untuk masa depan kuarga kami.. dan hanya kerana itu saya mampu untuk menanggung rindu itu..

hujung minggu ni kami akan bertemu kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya.. banyak juga urusan kami selepas itu, untuk tempahan baju nikah dll.. harap2 pertemuan nanti mampu mengubati kerinduan kami, insyaallah..

sehingga bertemu lagi, encik tunang saya jaga diri selalu ok.. saya sangat sayangi kamu...