Monday, October 26, 2009

untuk sekian kalinya...

terjadi lagi dalam hidupku pabila kekecewaan dtg melanda.. ape kah salah yg telah aku lakukan sehingga sedemikian harus aku hadapi... oh tuhan benarkan ini ujian yang telah Engkau tetapkan buat aku.. bukan mahu menyalahkan sesiapa namun hati ku bingung bila memikirkan begini yang harus aku hadapi.. apa kah yang mungkin akan aku lakukan????

Wednesday, October 21, 2009

SIAPA SANGKA SIAPA MENDUGA..


ALKISAH... maka tersebut la sebuah kisah hehe... hari ini cukup membanggakan bagi aku.. sebelum ini patut juga di bangga tp hari ini agak berbeza sedikit...

Camni ceritanya... hari ni dalam kalut2 sekelip mata aku dapat arahan untuk menghadiri satu mesyuarat peringkat daerah rompin.. lewat 1/2 jam.. aku da mls nk pergi rasanya.. tp dasar tngjwb aku gagahkn diri jugak la....berkenaan dengan sambutan bulan bahasa kebangsaan peringkat daerah rompin.. dlm kegabraan nk attend meeting aku terjumpa la seseorg yang dahulu masa sekolah dia la yg ajar aku... Cikgu aku daa.... Cik Salmee Hussin, dulu ajar MUET dan sekarang bertugas sebagai Ketua Bahasa di Pejabat Pendidikan Daerah.. dia yg mula2 lambai tangan dan senyum kt aku.. ermm tak sangka kan masih ingat lagi rupanya walaupun da 7 tahun aku tinggalkan sekolah.. dari riak wajah dia aku tahu dia bangga dengan pencapaian aku yang sekarang bleh meeting satu meja ngn dia.. Walaupun jwtn aku di KEMAS ni tidak seberapa tapi komitmen dan kerjasama antara jabatan itu yg penting apatah lagi aku sebagai wakil Pegawai aku.. besar tugas tu... nk berdepan dgn Dato' Pegawai Daerah dan juga Ketua-Ketua jabatan lain.. itu bukan tugas mudah bagi aku..

Walaupun mngkin bagi sesetengah orang ia nya tidak perlu di banggakan tapi bagi aku ia adalah amanah dan kepercayaan yang telah Ketua Jabatan kita berikan.. so, nak tak nak @ susah mana pun kena lah kita bertanggungjawab.. sekarang aku masih lagi belajar untuk terus menjadi seorang yg berpengetahuan dan bijak dalam pergaulan.. moga2 tiada lagi darah gemuruh aku bila berhadapan dengan org ramai mahupun yang lebih besar jawatannya dari aku hehe.. InsyaALLAH..

Tuesday, October 20, 2009

Ape dah jadi...

tanggal 20 OKT 2009... jam 9.20 pagi.. akau tak akan lupa tarikh ni... aiseyman entah cmner cik myvi kesayangan aku dek langgar org... huh... nasib la bumper belakang aje... tp aku tak puas hati sbb mat motor ni x pasal kalo dorg bawak motor.... entah ape dorg nk kejar pun tak tau la.. ish2 sungguh tidak adil..

aku pun da mula gabra time tu.. 1st time kena cmni.. dia 2 org dan aku sorg2.. last2 aku call mmber opis aku suh dtg tgk aku... huhu.. terus p bengkel.. walaupun x seberapa bayaran yg dorg kena ganti balik tp kesedaran sivik yg aku nk bg kat dorg sebenarnya huhu.. Motif utama aku supaya dorg lebih berhati-hati di kawasan larangan huhu.... lepas settle trus blah.. hampeh nyuir la

Thursday, October 15, 2009

Lirik Lagu Menatap Matamu – Aril AF7 (OST Kau & Aku)

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Wednesday, October 14, 2009

RUMAH TERBUKA LAGI...

salam... baru2 ini aku berkesempatan ke Putrajaya untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka YB Datuk Rosnah Abd. Rashid Sherlin ( Timb. Menteri Kesihatan / Ketua Puteri UMNO Malaysia) di rumah beliau sendiri.. Meriah dan Yb Datuk sangat2 lah friendly org nya... ini bukan kali pertama aku bersua muka dengan beliau ternyata beliau memang seorang yang baik hati sentiasa sabar melayan tetamu walaupun penat.. pelbagai golongan yang hadir memeriahkan majlis... meh aku share ngn u all picture2 menarik semasa program tersebut..

( Gambar kenangan bersama YB Datuk Rosnah )


( YB Datuk dan suami juga sempat menghiburkan tetamu dengan sebuah lagu bertajuk Jangan Pisahkan... syok dgr dorg mnyanyi...)

( bersama Norazita Abd Rahman (kanan) Setiausaha Puteri UMNO Malaysia / bekas Ketua Puteri UMNO Negeri Pahang )

Friday, October 9, 2009

hai... sorry...

salam rindu buat semua... lama jugak aku x update smthng kt blog ni... bukan x sudi but aku xtau da nk tulis ape.. sure korang bosan kalo asik citer hal kehidupan aku je kn.. so aku amik keputusan rest sekejap....

sebenarnya bnyk jugak yg berlaku beberapa hari ni... hari ni hari terakhir aku berpuasa 6 syawal.. minggu lepas aku buat direct tp bnyk sgt undangan rumah terbuka aku stop la kejap hehe... termasuklah opis aku sendiri.. ermmm seronok sangat program tu... mcm2 adaaa....
dan hari ni bila semuanya selesai aku kembali menunaikan kewajipan aku.. syukur kali ini aku tidak rasa keletihan sngat.. smga aku dapat lakukan sehingga habis..

kalo nk di fikirkan terlalu banyak yg aku harus lalui.. namun, aku perlu faham bahawa semua manusia akan di uji.. kalo aku rasa kesusahan beribu lagi org juga merasa perkara yang sama.. so, fikir-fikir lah sebelum kita merungut tak tentu pasal kan..

Monday, October 5, 2009

TEKANAN....

salam... aduh hari ni rasa tension tiba2... kepala rasa pusing semacam... badan pun rasa mcm seram sejuk.. arghh fenomena ape yg sedang aku lalui ini agaknya kn.... adakah di sebabkan kesibukan, masalah yg perlu di hadapi mahupun kekecewaan yang melampau??? mungkinkah..... apa yg pasti aku mmg tengah pening kepala buat masa skrg ni.... adoyai....

Thursday, October 1, 2009

TRAGEDI OKTOBER


Hari berganti hari.. minggu berganti minggu.. bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun... pejam celik pejam celik hari ni dah masuk bulan Oktober kan.. cepatnya masa berlalu.. sudah tentu tiap detik2 yang berlalu itu meninggalkan 1001 kenangan pada semua..

hari ni pulak nk dijadikan cerita, mmber opis aku telah patah kaki kirinya akibat terjatuh dari tangga rumahnya.. adus sadis sekali melihat dia bertongkat... lama plak tu dapat MC 6 hari beb.. huwaaaa sepi la kt opis aku ni xder dia... sabo je la ek.. mybe itu dugaan.. jgn lupa masukkan dalam satu hari satu catatan hehe...