Sepanjang percintaan penuh cabaran
Dugaan kutempuhi redha
Tetapi terpaksa cinta
Berakhir di sini....
Memang benar tanpa kusedari
dalam diam hatiku pedih
lantaran sikapmu melukakan
mengguris hati dan perasaan
rupa-rupanya kasih sayang darimu
Dusta semata...
( aku tak bersalah PEARL)
bait-bait lagu dari pearl ini benar2 menusuk kalbuku tat kala memikirkan tentang kehidupan ini... sepanjang hampir 2 tahun percintaan yg ku lalui dulu penuh cabaran sehingga aku gagal untuk pertahankannya kini... tidak akan mnyalahkan siapa2 tentang apa yg berlaku ini... aku berpegang pada satu jawapan bahawa mungkin jodoh telah tiada...
Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
segala kini tidak dapat
untukku bahasakan
semua kini kaku
tiada lagi merdu
setiap madah baris kata
bukannya lagi untukkmu...
kini berteman sepi
kini kau sendiri
suka dan duka
dalam meniti gelombang
kembara panjang...
jauh melangkah pergi
tidak menoleh lagi
kenangan silamku
tinggal tertulis kini
dalam sebuah puisi...
( Berteman Sepi ERRA FAZIRA)
bait2 lagu ini pula menggambarkan sebuah kehidupan sepi yg harus aku lalui.. tiada lagi cinta tiada lagi teman disisi. inikah yang harus ku terima?? mgkin aku tak layak mencintai mahupun di cintai...
Sukarkah untuk kita memiliki cinta yang abadi.. rakan2 sebaya denganku telah pun ramai yang mendirikan rumah tangga..aku terfikir sejenak tentang perkara ini.. bilakah agaknya masa untukku turut di raikan? dlm rakan2 meniti bahagia.. pada aku di saat ini kecundang dlm cinta.. sepi hati tiada siapa yang tahu.. aku sengaja pura2 gembira dan mampu menerima hakikat ini walaupun sebenarnya tidak seperti yang di jangka... namun aku gagahi jua.. WAKE UP ZUE!!!! itu lah yg sering bermain di benak fikiranku.. cinta datang dan pergi kata hati ku... cinta pergi tak semesti hidup kita "mati" katanya lagi.. masih ada ruang lagi untuk kau temui cinta walaupun bkn dengan dia..... aku terus tersedar.... bangkit dan melangkah mulakan hari baru dalam kesedihan.. cuba dan cuba.... sehingga kini aku masih lagi mencuba untuk berdiri sendiri tanpa cinta.. aku cuma perlukan sedikit masa sahaja dan aku mmpu untuk mneghadapinya...
Aku percaya... jodoh dan takdir tetap ada.... aku perlu kuat dan pastikan bahawa aku tidak mngalah dengan cinta lama... akn ku buka kekosongan di hati ini untuk di isi oleh cinta lain.. mngkin bukan sekarang mngkin suatu hari nanti... aku perlu menunggu... yang penting hidupku sebenar tidak kosong.. kerana aku masih ada keluarga, sahabat2 dan teman2 yg terus setia di sisiku.. aku juga perlu perbaiki mutu kerja ku agar aku mampu mngapai apa yg di impikan..
CINTA... PERKAHWINAN... akan aku nantikan hingga ia hadir untukku...... bila ia hadir akan aku gengam erat dan tak akan di biar ia pergi....
No comments:
Post a Comment