Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa
Wednesday, December 2, 2009
Nur Kasih
Mesti kalian juga pengemar drama bersiri ini bukan.. tidak terkecuali pemilik blog ini yang menjadikan "Nur Kasih" adalah salah satu drama terhebat yang pernah di tonton... melihat kepada jalan ceritanya aku mula tertarik, apa lagi pengisiannya yang cukup sarat dengan pengajaran, falsafah dan prinsip hidup, pengorbanan dan keikhlasan, cita-cita dan cinta, jodoh dan pertemuan.. elemen2 itu yg mmberi kekuatan pada drama ini sehingga membuatkan aku terpacak di hadapan kaca televisyen pada setiap Jumaat malam... barisan pelakon nya pula tidak kurang hebatnya betul2 menjiwai watak yang diberikan.. Tahniah kepada Pengarah, Penulis Skrip dan TV3 sendiri.... kini, drama ini telah pun tamat.. episod trakhir juga di anggarkan 5 juta penonton.. dan ia mmg benar2 mmberikan kesan kpd sesiapa sahaja pengemar drama tempatan.
Aku tidak pernah ketinggalan untuk mengikuti setiap episod yang sarat dengan elemen2 yg aku cakap tadi.. walhal jika terlepas pun aku akan tonton di www.tv3.com.. bukan nk trlalu memuji tapi aku cukup berminat dgn jalan cerita yg disampaikan cukup indah cukup mngkagumkan.. Cinta kepada Tuhan, Cinta kepada keluarga, cinta sesama manusia itu yg mmbuatkan aku rasa ini lah rentetan sebuah kehidupan.. Cinta, pngorbanan, kesetiaan, persahabatan semua di rangkum sekali...
Nur Amina... aku cukup sukakan watak ini.. warak, baik hati, penyabar, tegas, setia semua ada pada dia.. aku juga cuba membayangkan adakah aku boleh menjadi seperti Nur.. mungkin tidak.. aku lihat Nur cukup sempurna dengan kebaikannya... sedangkan aku seorang insan yang sering kecewa dengan cinta.. kurang pengetahuan tentang agama dn yg cuba sedaya upaya untuk perbaiki amalan seharian.. cuma apa yg menarik.. kesetiaan Nur menunggu Adam suaminya.. itu yang menjadi pemangkin semangat aku..
Adam Hassan... seorg yg mngaggap islam adalah kongkongan.. seorang yg sosial.. dan paling perit snggup melukai hati org yg mnyangi dia... terpaksa berkahwin dengan org yang pada mulanya dia tak cintai.. tapi lama kelaman dia mngerti bahawa cinta Adam dan Nur adalah takdir yang ditentukan.. namun, selepas melalui pengalaman perit dia mula berubah.. perubahan itu yg mmbuatkan cerita ini lebih mndatangkan keinsafan...
Aidil... seorg yang alim.. snggup ketepikan cinta nya demi org yg dia sayang.. sabar dan bijak menguruskan masalah.. bila dia di fitnah dia cuba sedaya utk keluar dari kemelut itu.. akhirnya jodoh tetap ada utk dia bersama Alya seorg anak datuk yg punyai kecintaan terhadap agama..
Sarah.. mula2 rasa nk marah dengan watak ni tp sebenarnya watak ini lah yang secara tak langsung bnyk mngajar kita erti "jangan mengalah". snggup lakukan apa saje utk dapatkan cinta yang di hajati sehingga sanggup menfitnah darah daging nya sendiri.. kejam bukan... aku tidak mahu jd spt Sarah yang tidak mengerti penat dlm menjatuhkan org2 yang mnyangi dia..
Nur Amina dan Adam Hassan sememangnya dua insan yang telah di takdirkan.. pelbagai rintangan mereka lalui dan berkat kesabaran akhirnay mereka tetap bersama... aku juga ingin menjadi seperti pasangan ini yang setia dalam mengejar cinta sejati... jika itu takdirnya maka ia tetap menjadi hak kita.. usah gusar atau bimbang kerana DIA telah mentakdirkan yang terbaik buat hambanya...
SEKIAN coretan cerita tentang Nur Kasih...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam maulidurrasul.. ni sorang sahabat kita.. senyap sunyi sepai jeee
salam... abeli bkn sngaja nk brdiam tp ia trdiam scara x sngaja hehe
Post a Comment