Monday, September 28, 2009

CINTA.. KEHILANGAN.. KESEPIAN..


Arghhh sukar utk di mengertikan bila mula berbicara tentang hati... sedih pilu rindu dendam pasti akan terdorong dalam perasaan kita.. bagaimana untuk kita menghadapi situasi tersebut..

CINTA...
ia telah lama terpadam dalam kamus hidup aku.. sejak terputus pertengahan mei lalu ianya terlalu sukar untuk di ubati.. biar pun ada yang menganggap aku punca segala kerana tidak mahu mengalah, namun aku gagahi jua kerana tiada siapa yang mampu mengerti hati dan peraasan ku ini.. apakah aku ingin kembali menyediakan diri aku terhadap cinta? entah, aku pun tak tahu bilakah masa aku akan bertemu lagi dengan sebuah cinta....

KEHILANGAN...
aku merasakan kehilangan tempat mengadu.. mngkin juga ia mainan perasaan.. rakan2 aku punyai kebahagiaan mereka tersendiri.. aku pula bersendirian saje.. aku tak sanggup untuk membawa pendengaran mereka terhadap kesediahan yang aku alami ini.. bukan tidak mahu berkongsi tapi aku tidak mahu menyusahkan mereka.. pada aku, biarlah kesusahan itu aku hadapi sendirian.. mereka tengah bahagia aku tak sanggup untuk mengacau "mood" mereka.. mngkin mereka mengerti dan faham cuma mereka tak berani ingin bertanya pada aku.. raya aku tahun ni terasa sesuatu kehilangan.. arghh aku tidak mahu ingati kisah lalu..

KESEPIAN...
Dalam pada kesepian yang aku alami, aku menunpang kegembiraan rakan2 aku.. yg sorg da x lama nk jadi mummy dan yg sorang lagi x lama lg bakal dirisik, seterusnya bakal menjadi tunangan... mereka berdua adalah sahabat baik aku.. dan aku cukup gembira dengan berita2 ini.. biarpun kdgkala aku di gayuti rasa kesepian yg teramat sangat dlm hati ini namun, aku perlu sedar bahawa mereka x akan selalu ada untuk aku.. mereka ada kehidupan mereka yang perlu di beri tumpuan dan aku faham itu.. kalau pun sesekali aku rasa cukup sendirian kerna tanpa mereka peduli tentang aku, aku akn tetap sabar...ada sekali tu, aku rasa jiwa aku betul2 kosong tanpa siapa pun peduli.. semua pergi tingalkan aku terkapai2 sendiri.. arghh sukar betul utk aku jalani hari itu...

ape2 pun yg berlaku tentu ada hikmah yg terselindung disebaliknya, aku perlu faham bahawa hidup ini bagaikan roda.. aku pula hanya mampu untuk mnumpang kegembiraan org lain kerana di situ aku akan miliki sebuah kebahagiaan.. aku tetap mnyangi sahabat2 baik aku itu kerna aku hanya ada mereka di sisi aku.....

No comments: