Wednesday, December 2, 2009

Nur Kasih



Mesti kalian juga pengemar drama bersiri ini bukan.. tidak terkecuali pemilik blog ini yang menjadikan "Nur Kasih" adalah salah satu drama terhebat yang pernah di tonton... melihat kepada jalan ceritanya aku mula tertarik, apa lagi pengisiannya yang cukup sarat dengan pengajaran, falsafah dan prinsip hidup, pengorbanan dan keikhlasan, cita-cita dan cinta, jodoh dan pertemuan.. elemen2 itu yg mmberi kekuatan pada drama ini sehingga membuatkan aku terpacak di hadapan kaca televisyen pada setiap Jumaat malam... barisan pelakon nya pula tidak kurang hebatnya betul2 menjiwai watak yang diberikan.. Tahniah kepada Pengarah, Penulis Skrip dan TV3 sendiri.... kini, drama ini telah pun tamat.. episod trakhir juga di anggarkan 5 juta penonton.. dan ia mmg benar2 mmberikan kesan kpd sesiapa sahaja pengemar drama tempatan.

Aku tidak pernah ketinggalan untuk mengikuti setiap episod yang sarat dengan elemen2 yg aku cakap tadi.. walhal jika terlepas pun aku akan tonton di www.tv3.com.. bukan nk trlalu memuji tapi aku cukup berminat dgn jalan cerita yg disampaikan cukup indah cukup mngkagumkan.. Cinta kepada Tuhan, Cinta kepada keluarga, cinta sesama manusia itu yg mmbuatkan aku rasa ini lah rentetan sebuah kehidupan.. Cinta, pngorbanan, kesetiaan, persahabatan semua di rangkum sekali...

Nur Amina... aku cukup sukakan watak ini.. warak, baik hati, penyabar, tegas, setia semua ada pada dia.. aku juga cuba membayangkan adakah aku boleh menjadi seperti Nur.. mungkin tidak.. aku lihat Nur cukup sempurna dengan kebaikannya... sedangkan aku seorang insan yang sering kecewa dengan cinta.. kurang pengetahuan tentang agama dn yg cuba sedaya upaya untuk perbaiki amalan seharian.. cuma apa yg menarik.. kesetiaan Nur menunggu Adam suaminya.. itu yang menjadi pemangkin semangat aku..

Adam Hassan... seorg yg mngaggap islam adalah kongkongan.. seorang yg sosial.. dan paling perit snggup melukai hati org yg mnyangi dia... terpaksa berkahwin dengan org yang pada mulanya dia tak cintai.. tapi lama kelaman dia mngerti bahawa cinta Adam dan Nur adalah takdir yang ditentukan.. namun, selepas melalui pengalaman perit dia mula berubah.. perubahan itu yg mmbuatkan cerita ini lebih mndatangkan keinsafan...

Aidil... seorg yang alim.. snggup ketepikan cinta nya demi org yg dia sayang.. sabar dan bijak menguruskan masalah.. bila dia di fitnah dia cuba sedaya utk keluar dari kemelut itu.. akhirnya jodoh tetap ada utk dia bersama Alya seorg anak datuk yg punyai kecintaan terhadap agama..

Sarah.. mula2 rasa nk marah dengan watak ni tp sebenarnya watak ini lah yang secara tak langsung bnyk mngajar kita erti "jangan mengalah". snggup lakukan apa saje utk dapatkan cinta yang di hajati sehingga sanggup menfitnah darah daging nya sendiri.. kejam bukan... aku tidak mahu jd spt Sarah yang tidak mengerti penat dlm menjatuhkan org2 yang mnyangi dia..

Nur Amina dan Adam Hassan sememangnya dua insan yang telah di takdirkan.. pelbagai rintangan mereka lalui dan berkat kesabaran akhirnay mereka tetap bersama... aku juga ingin menjadi seperti pasangan ini yang setia dalam mengejar cinta sejati... jika itu takdirnya maka ia tetap menjadi hak kita.. usah gusar atau bimbang kerana DIA telah mentakdirkan yang terbaik buat hambanya...


SEKIAN coretan cerita tentang Nur Kasih...


DERITA MERINDU...


Aku benar2 rindu... tp adakah sesiapa yang mengerti tentang hasrat hati ini.. mungkin "Derita Merindu" itu selayaknya utk aku.. Aku cuba mengelak namun kerinduan itu tetap hadir.. apakah salah dengan kerinduan ini.. aku benar2 tak layak untuk merindui dia.. sukar bukan utk org mngerti hati ini.. arghhhh... aku rindu.... dengar lah bisikan hati ini bahawa aku benar2 rindukan dia... aku ingin dia mngerti dan merasai apa itu rasa rindu... sekali pintu hati ini di ketuk oleh kerinduan maka kerinduan itu akan terus kekal berada di situ.. aku akan terus menanggung derita rindu ini biarpun aku sebenarnya tidak layak lagi untuk merindui dia.. maafkan aku kerna merindui kamu..

Tajuk/Lirik Lagu: Derita Merindu

Artis/Penyanyi: Ahli Fiqir

(Rap)
Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

(Rap)
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

(Ulang) (2x)
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

(Rap)
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

(Rap)
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa


Tuesday, December 1, 2009

1hb DISEMBER 2009

( Ini lah cinta sejati ku, setia menemani ku ke mana perlu...)

Salam Sayang Buat Semua...

Setelah sekian lama, kini aku kembali.. sory bkn sngaja tp masalah teknikal yg mnjadikan aku begini hehe...selama hanpir sebulan ni bkn merajuk atau lupa kt u all.. but sistem asik error je tu yg x dapat mnjenguk..

By the way... sempena hari pertama dalam bln terakhir tahun 2009 ni, aku akn create smthng...
huh... aku rindu sebenarnya.. rindu sangat pada cintaku yg pupus di tengah jalan.. serasa serik utk bercinta... seperti fobia dengan janji2 manis lelaki... bkn utk aku memperkicilkan mereka.. mungkin setengah dr mereka yg punyai sikap begitu sehingga wanita2 sekarang terasa Cinta adalah Permainan..... Benarkah begitu?????

Bila keseorangan, aku memang terasa.. teringat kenangan manis bersama.. sama2 buat perancagan.. sama2 berbincang.. berbual.. bercerita utk legakan fikiran... namun, sekarang hanya tinggal aku sendirian.. tiada lagi kegembiraan.... oh Tuhan Ampun kn aku jika aku bersalah.. aku rindukan dia.. kasih sayang.. tumpuan.. perhatian... aku benar2 rindu.... tapi siapalah aku.. mungkin aku tak layak buat dia....

Kawan2 ku pula.. dalam kegembiraan mereka ada juga kdg kala menitiskan air mata.. biasa lah hidup berumah tangga pasti ada dugaan melanda.. aku simpati dengan sorang kawan aku tu.. aku harap dia bersabar.. semoga kelahiran anak dia nanti akan lebih memberi makna buat keluarganya..

Yang sorang lagi... pasti tgh bahagia dengan cintanya.. aku harap2 lelaki itu jodoh yg tepat buat dia.. aku harap dia akn bahagia dgn perkahwinanya tahun depan.. walaupun kdg2 dia ada maklum kan bahwa sering berkecil hati tp aku harap itu hanya dugaan kecil buat dia.. aku teringin utk melihat dia bahagia dengan pasangannya nanti..

Farahanim... sahabat aku ni telah selamat melahirkan bayi perempuan comel pada
24hb November 2009.. bayi seberat 3.3kg ni sungguh comel mcm mak dia gak... tahniah sahabatku.. semoga kehadiran fifi akan memberi kebahagian berpanjangan buat kalian..

Che Ragayah Che Omar... cikgu kesayangan aku telah pun selamat di ijabkabul bersama pasangannya pada 29hb November 2009. tahniah cikgu, setelah sekian lama sy menunggu akhirnya penantian cikgu berakhir jugak... walaupun 7 thn lepas dia mngajar aku tapi sampai sekarang kami berhubung.. malangnya, aku tak dapat mnghadiri majlis nya di Kelantan akibat banjir yang melanda.. namun begitu dari jauh ku kirimkan doa agar kebahagiaan milik kalian..

Aku gembira dengan ceritera rentetan perjalanan hidup ku.. pahit manis semua aku lalui utk tahun ni.. tapi bagaimana dengan aku utk masa hadapan... Tahun baru akan 30 hari lagi.. nak tak nak pasti kena tempuhi juga.. tahun ni memang bnyk yg aku kena lalui.. yang paling menyedihkan adalah tentang cinta.. ramai yg sering bertanya tntg perkahwinan aku namun itu hanya tinggal kenangan.. tahun 2010 aku dah berusia 27 tahun... melihat shbt2 telah selamat, aku semakin bimbang.. kdg kala bila mnghadiri majlis perkahwinan kawan2 air mata terasa ingin jatuh dr kelopaknya... sebak.. aku redha.. mungkin waktu dan ketika utk aku masih belum tiba.....




Monday, October 26, 2009

untuk sekian kalinya...

terjadi lagi dalam hidupku pabila kekecewaan dtg melanda.. ape kah salah yg telah aku lakukan sehingga sedemikian harus aku hadapi... oh tuhan benarkan ini ujian yang telah Engkau tetapkan buat aku.. bukan mahu menyalahkan sesiapa namun hati ku bingung bila memikirkan begini yang harus aku hadapi.. apa kah yang mungkin akan aku lakukan????

Wednesday, October 21, 2009

SIAPA SANGKA SIAPA MENDUGA..


ALKISAH... maka tersebut la sebuah kisah hehe... hari ini cukup membanggakan bagi aku.. sebelum ini patut juga di bangga tp hari ini agak berbeza sedikit...

Camni ceritanya... hari ni dalam kalut2 sekelip mata aku dapat arahan untuk menghadiri satu mesyuarat peringkat daerah rompin.. lewat 1/2 jam.. aku da mls nk pergi rasanya.. tp dasar tngjwb aku gagahkn diri jugak la....berkenaan dengan sambutan bulan bahasa kebangsaan peringkat daerah rompin.. dlm kegabraan nk attend meeting aku terjumpa la seseorg yang dahulu masa sekolah dia la yg ajar aku... Cikgu aku daa.... Cik Salmee Hussin, dulu ajar MUET dan sekarang bertugas sebagai Ketua Bahasa di Pejabat Pendidikan Daerah.. dia yg mula2 lambai tangan dan senyum kt aku.. ermm tak sangka kan masih ingat lagi rupanya walaupun da 7 tahun aku tinggalkan sekolah.. dari riak wajah dia aku tahu dia bangga dengan pencapaian aku yang sekarang bleh meeting satu meja ngn dia.. Walaupun jwtn aku di KEMAS ni tidak seberapa tapi komitmen dan kerjasama antara jabatan itu yg penting apatah lagi aku sebagai wakil Pegawai aku.. besar tugas tu... nk berdepan dgn Dato' Pegawai Daerah dan juga Ketua-Ketua jabatan lain.. itu bukan tugas mudah bagi aku..

Walaupun mngkin bagi sesetengah orang ia nya tidak perlu di banggakan tapi bagi aku ia adalah amanah dan kepercayaan yang telah Ketua Jabatan kita berikan.. so, nak tak nak @ susah mana pun kena lah kita bertanggungjawab.. sekarang aku masih lagi belajar untuk terus menjadi seorang yg berpengetahuan dan bijak dalam pergaulan.. moga2 tiada lagi darah gemuruh aku bila berhadapan dengan org ramai mahupun yang lebih besar jawatannya dari aku hehe.. InsyaALLAH..

Tuesday, October 20, 2009

Ape dah jadi...

tanggal 20 OKT 2009... jam 9.20 pagi.. akau tak akan lupa tarikh ni... aiseyman entah cmner cik myvi kesayangan aku dek langgar org... huh... nasib la bumper belakang aje... tp aku tak puas hati sbb mat motor ni x pasal kalo dorg bawak motor.... entah ape dorg nk kejar pun tak tau la.. ish2 sungguh tidak adil..

aku pun da mula gabra time tu.. 1st time kena cmni.. dia 2 org dan aku sorg2.. last2 aku call mmber opis aku suh dtg tgk aku... huhu.. terus p bengkel.. walaupun x seberapa bayaran yg dorg kena ganti balik tp kesedaran sivik yg aku nk bg kat dorg sebenarnya huhu.. Motif utama aku supaya dorg lebih berhati-hati di kawasan larangan huhu.... lepas settle trus blah.. hampeh nyuir la

Thursday, October 15, 2009

Lirik Lagu Menatap Matamu – Aril AF7 (OST Kau & Aku)

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Wednesday, October 14, 2009

RUMAH TERBUKA LAGI...

salam... baru2 ini aku berkesempatan ke Putrajaya untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka YB Datuk Rosnah Abd. Rashid Sherlin ( Timb. Menteri Kesihatan / Ketua Puteri UMNO Malaysia) di rumah beliau sendiri.. Meriah dan Yb Datuk sangat2 lah friendly org nya... ini bukan kali pertama aku bersua muka dengan beliau ternyata beliau memang seorang yang baik hati sentiasa sabar melayan tetamu walaupun penat.. pelbagai golongan yang hadir memeriahkan majlis... meh aku share ngn u all picture2 menarik semasa program tersebut..

( Gambar kenangan bersama YB Datuk Rosnah )


( YB Datuk dan suami juga sempat menghiburkan tetamu dengan sebuah lagu bertajuk Jangan Pisahkan... syok dgr dorg mnyanyi...)

( bersama Norazita Abd Rahman (kanan) Setiausaha Puteri UMNO Malaysia / bekas Ketua Puteri UMNO Negeri Pahang )

Friday, October 9, 2009

hai... sorry...

salam rindu buat semua... lama jugak aku x update smthng kt blog ni... bukan x sudi but aku xtau da nk tulis ape.. sure korang bosan kalo asik citer hal kehidupan aku je kn.. so aku amik keputusan rest sekejap....

sebenarnya bnyk jugak yg berlaku beberapa hari ni... hari ni hari terakhir aku berpuasa 6 syawal.. minggu lepas aku buat direct tp bnyk sgt undangan rumah terbuka aku stop la kejap hehe... termasuklah opis aku sendiri.. ermmm seronok sangat program tu... mcm2 adaaa....
dan hari ni bila semuanya selesai aku kembali menunaikan kewajipan aku.. syukur kali ini aku tidak rasa keletihan sngat.. smga aku dapat lakukan sehingga habis..

kalo nk di fikirkan terlalu banyak yg aku harus lalui.. namun, aku perlu faham bahawa semua manusia akan di uji.. kalo aku rasa kesusahan beribu lagi org juga merasa perkara yang sama.. so, fikir-fikir lah sebelum kita merungut tak tentu pasal kan..

Monday, October 5, 2009

TEKANAN....

salam... aduh hari ni rasa tension tiba2... kepala rasa pusing semacam... badan pun rasa mcm seram sejuk.. arghh fenomena ape yg sedang aku lalui ini agaknya kn.... adakah di sebabkan kesibukan, masalah yg perlu di hadapi mahupun kekecewaan yang melampau??? mungkinkah..... apa yg pasti aku mmg tengah pening kepala buat masa skrg ni.... adoyai....

Thursday, October 1, 2009

TRAGEDI OKTOBER


Hari berganti hari.. minggu berganti minggu.. bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun... pejam celik pejam celik hari ni dah masuk bulan Oktober kan.. cepatnya masa berlalu.. sudah tentu tiap detik2 yang berlalu itu meninggalkan 1001 kenangan pada semua..

hari ni pulak nk dijadikan cerita, mmber opis aku telah patah kaki kirinya akibat terjatuh dari tangga rumahnya.. adus sadis sekali melihat dia bertongkat... lama plak tu dapat MC 6 hari beb.. huwaaaa sepi la kt opis aku ni xder dia... sabo je la ek.. mybe itu dugaan.. jgn lupa masukkan dalam satu hari satu catatan hehe...

Wednesday, September 30, 2009

FENOMENA BIRU.. PART 2

( jika ada sesiapa yang tiada dalam gambar ni jangan marah haaa)

TADAAAAAA....................
ahaaa ni dia keseluruhan fenomena biru untuk raya tahun ni.. ermm dari atok smpi la ke cicit semuanya biru..
jgn tak tahu ada juga yang cat rumah biru kot
sempena fenomena yg melanda ini.....
sebenarnya idea ini di cetus oleh seseorang.
beliau merupakan salah seorg ahli kuarga Haji Ali yg sentiasa punyai pelbagai idea untuk mengeratkan silaturahim antara kami.. Congrat 2 u Acik (tepi sekali barisan kedua dari kiri).... cuma kali ini impian untuk kami buat Rumah Terbuka tak dapat dilaksanakan berikutan beberapa sebab yang tidak dapat di elakkan..
Mybe tahun depan plak kot.... mgkin tahun depan kaler ape pulak yer????



Tuesday, September 29, 2009

FENOMENA BIRU..

salam hari selasa.. nk share sesuatu ngn u all.. huhuhu hari raya baru2 ni satu fenomena telah melanda keluarga kami... ahaa nk tau ker??? u all tgk picture2 ni je ek.... jom layan.....


sesi memohon ampun dan maaf di pinta dengan bonda tersayang... sure bnyk wat salah ni.. lama je tunduk huhuhu



ni plak anak beranak kakak (zulaiha) aku.... rasanya pakej lengkap dah dorg ni coz dpt ank sepasang... kalo tahun sebelum ni dia beraya dlm pantang thn ni x lepaskan peluang raya sakan..


my brother (zunaidi) ngn wife (eryani) dan anak dia.. ni ttp maintain bertiga ajer.. tiada penambahan lg setakat ni kata mereka



awek ni ttp la dgn cik myviputih dia la..( cm dia sorg je ada keta myvi kn huhu) entah bila nk ada pasangan kt sebelah tu cik kak... jawab sendiri la erk!!!



tok abah dan nenek bersama cucunda kesayangan mereka.. Danial Haikal 6 thn, Alyaa Zahraa
2 thn, Ariff Zahran 4 bln meriah kuarga ktorg dgn kehadiran mereka ini... muahhhh!!!!



ini lah yg dikatakan fenomena biru.... huhuhu semua sekali dah sepakat nak pakai biru kali ni.. ermmm look nice kn.... CAYALAH... next blog aku akn bgtau siapakan pencetus fenomena ini k..

see u...


Monday, September 28, 2009

CINTA.. KEHILANGAN.. KESEPIAN..


Arghhh sukar utk di mengertikan bila mula berbicara tentang hati... sedih pilu rindu dendam pasti akan terdorong dalam perasaan kita.. bagaimana untuk kita menghadapi situasi tersebut..

CINTA...
ia telah lama terpadam dalam kamus hidup aku.. sejak terputus pertengahan mei lalu ianya terlalu sukar untuk di ubati.. biar pun ada yang menganggap aku punca segala kerana tidak mahu mengalah, namun aku gagahi jua kerana tiada siapa yang mampu mengerti hati dan peraasan ku ini.. apakah aku ingin kembali menyediakan diri aku terhadap cinta? entah, aku pun tak tahu bilakah masa aku akan bertemu lagi dengan sebuah cinta....

KEHILANGAN...
aku merasakan kehilangan tempat mengadu.. mngkin juga ia mainan perasaan.. rakan2 aku punyai kebahagiaan mereka tersendiri.. aku pula bersendirian saje.. aku tak sanggup untuk membawa pendengaran mereka terhadap kesediahan yang aku alami ini.. bukan tidak mahu berkongsi tapi aku tidak mahu menyusahkan mereka.. pada aku, biarlah kesusahan itu aku hadapi sendirian.. mereka tengah bahagia aku tak sanggup untuk mengacau "mood" mereka.. mngkin mereka mengerti dan faham cuma mereka tak berani ingin bertanya pada aku.. raya aku tahun ni terasa sesuatu kehilangan.. arghh aku tidak mahu ingati kisah lalu..

KESEPIAN...
Dalam pada kesepian yang aku alami, aku menunpang kegembiraan rakan2 aku.. yg sorg da x lama nk jadi mummy dan yg sorang lagi x lama lg bakal dirisik, seterusnya bakal menjadi tunangan... mereka berdua adalah sahabat baik aku.. dan aku cukup gembira dengan berita2 ini.. biarpun kdgkala aku di gayuti rasa kesepian yg teramat sangat dlm hati ini namun, aku perlu sedar bahawa mereka x akan selalu ada untuk aku.. mereka ada kehidupan mereka yang perlu di beri tumpuan dan aku faham itu.. kalau pun sesekali aku rasa cukup sendirian kerna tanpa mereka peduli tentang aku, aku akn tetap sabar...ada sekali tu, aku rasa jiwa aku betul2 kosong tanpa siapa pun peduli.. semua pergi tingalkan aku terkapai2 sendiri.. arghh sukar betul utk aku jalani hari itu...

ape2 pun yg berlaku tentu ada hikmah yg terselindung disebaliknya, aku perlu faham bahawa hidup ini bagaikan roda.. aku pula hanya mampu untuk mnumpang kegembiraan org lain kerana di situ aku akan miliki sebuah kebahagiaan.. aku tetap mnyangi sahabat2 baik aku itu kerna aku hanya ada mereka di sisi aku.....

I'M BACK...


Salam selamat pagi buat semua..... ahaaaa.. im back.. lama rasanya cuti kali ni dan hari ini kembali bertugas seperti sebelum ini.. ermmm mula2 mmg la rasa malas mana tak nyer syok sgt cuti hari raya ni huhu.. tak pergi mana2 pun cuma bercuti di rumah dn jln umah sedara aje.. mgkin ada yg x best dgn cuti kali ni tp ada gak la yg leh ake selitkn dlm kamus hidup aku sepanjang cuti perayaan kali ini.. nnti aku story eh.. ape2 pun tugas dan tngungjawab sedia menanti aku.. aku nak mulakn dengan seceria yg boleh... lupakan seketika coretan dn kuih raya hehe......

p/s pelbagai cerita akn aku kongsikan di sini sepanjang hari raya.. so, wait n see okey.....
buat keja jap huhuhu

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA


SALAM, dah x berapa lama lg umat islam akan menyambut Aidilfitri.. justeru itu, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan kepada semua pengunjung blog ini dan semua yang "follow" aku selama ini.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAFA ZAHIR BATIN... jika ada yg tercoret di blog ini menguris hati dan persaan u all ataupun ada yang terkasar bahasa terhadap penulisan aku.. MAAF yerkk.. semua yang tertera di sini tidak ada kena mengena dengan sape2 pun.. mungkin jika ada persamaan itu adalah secara tidak sengaja...

aku pulak seminggu akan meninggalkan u all hehe.. cuti da.. so, aku naik cuti nnti barulah aku akn update eh.... nnti kan sesuatu yang terbaik dr aku buat u all..

SALAM ADILFITRI, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.. JAGA DIRI SELALU.. SEMOGA KEBAHGIAAN MENGIRINGI U ALL... MUAHHHH... (tentu aku rindu menjelang raya ini)
nnti kan ceritanya..........................

KaD RAYA... Horey.....

Salam Menjelang Raya semua,
alkisahnya semalam aku terima Kad Raya... aduh gumbira rasa hati.. mungkin bagi sesetengah org kiriman Kad Raya ini dah x di sambut baik lagi.. mana tidaknya sibuk dgn SMS, MMS, dn beberapa lagi alternatif lain untk menyampaikan Salam Aidil Fitri..
Tapi... tidak bagi aku, walau zaman serba canggih ini aku masih lagi menggunakan kiriman Kad Raya.. ada makna tau dengan cara ini... mgkin nmpak kolot tapi ia sebenar memberikan sentuhan yang mendalam buat seseorg penerima.. kwang2 yg 3 tahun lepas aku masih simpan lag tau.. so, aku tiap tahun.. pastikan rumah aku ada gantungan Kad Raya setiap kali Hari Raya... smlm aku terima kad dari kakak angkat aku Dj Terengganu FM Suhaila Md Daud.... Tq kak sue dan juga dari Sahabat PahangFM Camar Sejoli... TQ TQ TQ..
aku masih menunggu kad kiriman My Sister Sweet Atie... ermmm katanya mybe kesesakan di Pos Malaysia mnyebabkan kiriman dia blum smpi hehe.. TUNGGU!!!!.... dan aku juga gumbira kerana kad-kad yg aku kirim buat teman2 aku telah pun selamat di terima oleh mereka.. soal nk balas tu no 2 yg pnting "amanat" aku dorg telah terima hehe....

Tuesday, September 15, 2009

NyUm!! NyUm!!


Huhu.. amacam selera tak korang?? kalo aku ngn donut mmg x dapat di pisahkan bak kata opismate aku.. hampeh tul leh plak dia bagi gelaran tu kt aku..

al kisahnya, smlm semasa aku berkesempatan ke Kuantan kerana mengahantar laporan di pejabat KEMAS negeri.... masa on the way nk balik tu.. aku nengok EC MALL mcm memanggil2 nama aku hehe.. sbnr da lama sngat aku mengimpikan nk makan donut.. smlm tercapai jua... biasa kalo aku ke Kuantan donut kat Big apple ni mmg aku x ketinggalan.. akhirnya smlm aku berjaya memujuk opismate aku untuk ke Ec MALL.. dan menbungkus sekotak donut utk di bawa pulang huhu tq geng...

bab donut dah settle.. kes lain plak.. kami teruja dengan sale yg di buat kt tingkat bawah tuh.. alamak, korang bayang la kalo jenama gah spt Sembonia, Bonia, Carlo Rino, CR2 dll sale gile2... aku plak mmg da kehabisan bdget.. alamak mmg tangkap lelale nya... mmber aku sempat la rembat sepasang kasut bertumit, tali pinggang husband dia, baju ayah mentua dia... huh aku plak, dek kerana rakan aku ni "banker bergerak" smpat la gak aku merembat sepasang kasut Sembonia utk raya ni hehe....

15 hb SEPTEMBER 2009


Salam ramahdan buat semua.. pagi yang gelap kini sudah terang hehe

eh.. ape citer korang ek, x lama dah nk raya ni.. semua da ready ke? ermm aku nk citer sesuatu har ini yang berkaitan tarikh keramat seperti di atas... kalo 3 tahun lepas aku seorg budak hingusan.. ketika itu berada di Ibu Pejabat KEMAS Negeri Pahang untuk melapor diri bagi jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat ( Penyelia) Gred S17 atau dengan erti kata mudah di faham Penyelia Gerakan Daya Wawasan Parlimen Rompin.. ahaaa bapok pnjng jawatan aku kalo buat chop panjang berjela je penuh satu chop huhu nasib la.... sekarang dah 3 tahun genap aku bertugas sebagai penyelia KEMAS..

3 TAHUN YG MEMENIGKAN

ape yg aku dapat dan alami??? ahaaa mcm2 tau.. yg manis, yg pahit semua aku terima dan lalui.. sepanjang 3 tahun ni jugak la jawatan aku sering bertukar, mula2 Penyelia Gerakan Daya Wawasan( yang menjaga kampung-kampung dan sering berurusan dengan JKKK) kemudian buat penyelarasan semula aku di lantik sebagai Penyelia Perhubungan Parlimen (yg menjaga politik) dan kini selepas buat penyelarasan kali ke tiga aku dilantik pulak sebagai Penyelia 3P (yang menjaga aktiviti ekonomi desa kampung) huh sure korang pening kan aku pun mula2 pening jugak dan hanya org2 KEMAS je yg paham tntg semua ni hahaha....

PERIHAL KERJA AKU..

pelbagai yg aku alami, baik dengan kerja mahupun dengan staff aku dan tak ketingalan dgn bos aku.. pernah satu ketika iaitu tahun lepas aku dpt SKT rendah serendahnya.. Tuhan saje yg tau di kala itu.. logik ke bg korang kalo dapat 68% mau x keja aku jwb nya.. aku buat penilain terhadap anak buah aku x sngup nk bg rendah, aku bagi dia 80%.. tapi aku redha, semua itu adalah dengki seseorg pada aku.. namun, aku x buang masa terus contact Penolong Pengarah KEMAS dan ceritakan segala hal.. x lama slps itu, bos aku panggil dan dia baiki markah SKT aku kepada 83%.. beza tau.. itu lah hakikatnya, kalo kita benar jagan takut untuk memepertahankan hak kita..

baru2 ni jugak, bos aku ada sifat kurang puas hati dia kat aku.. mana tak nya aku dulu dn sekarang dah berbeza.. kalo dulu dlm bahasa kasar org bleh la nk ketuk2 kepala aku tp sekarang nk jentik pun da x bleh.. sbb???? aku akn sediakan "peluru-peluru" berpandu untuk aku "berperang" aku dah penat kena tindas dan sekarang tiba masa untk aku bertindak.. bkn untuk menunjuk kehebatan tapi sekadar untuk pertahankan hak kita x salah kan... baru2 ni dia lancarkan "mogok" dgn aku sebab aku x mau wakil kn dia Meeting dgn Pengarah KEMAS Pahang.. sengal ape nk suh aku wakil kan meeting besar mcm tu.. aku x layak la.. ptt nye dia pk la kan.. dan dgn itu dia cuba nk bg SKT aku rendah tahun ni dengan alasan aku dah 2 kali menolak untuk wakil dia pergi meeting.. yg aku tolak 2 kali yg aku terima utk wakil kn meeting lain da 10 kali xkan dia x pk2 jugak kn.. aku ada sbb2 trsendiri nape aku x mau pergi..
1) aku rasa aku bkn org yg selayaknya nk berhadapan dengan ketua2 jabatan lain
2) aku x snggup sbb pergi tnpa laporan2 utk di bentangkan
3) aku takut x semena-mena kena marah sbb anto wakil yg x dapat nk jalankan tugas dgn baik
4) aku ada Penyelia Kanan so.. hantar la Penyelia Kanan dan bukan hantar aku da....
kerana kes2 itu dia x mau bertegur dgn aku.. lantak la dn kalo kali ni dia bg markah rendah lg aku akan terus jumpa Pengarah.......

FIKIR LAH SENDIRI..
kalo korang rasa ape yg aku buat ni salah, itu bukan masalah aku.. bagi aku, cuma ingin pertahankan dan inginkan ketegasan dlm diri kita.. jngn tunjuk kita lemah kerana bila kita lemah akan ada lg yg bijak untuk melemahkan kita.. bukan semua nya x baik tntg kerja aku, bnyk lg yg baik dan aku ucap terima kasih.. cuma yg kurang baik spt ini seringkali mmbuatkan aku xder semangat utk terus berjuang dlm KEMAS... hak kita perlu kita pelihara...

Monday, September 14, 2009

KISAH SEMINGGU SEBELUM RAYA

Salam semua.... hari2 yg susah untk aku lewati namun aku gagahi jua.. aku rasa dlm bulan pose ni mcm2 hal aku kena lalui sendirian.. arghhh.. mula2 aku x sanggup nak nangis pun ade tp aku tetap sabar dan tabahkan hati akhirnya aku amiuk keputusan untuk menjaga hati aku dulu sebelum menjaga hati org lain.. biar lah org nk kata aku pentingkn diri tp aku tetap dgn keputusan aku kerana aku ada sebab2 nya yang aku sorang je faham..

Hari ni aku nak share somthing la... aku berkesempatan ke kuantan, selain menemani ayah aku yg ada temujanji di Hospital sbb masalah mata nya aku juga sempat ke Kuantan Parade.. ermm nk raya punya pasal xper la perabis sket untk aku dan anak2 sedara aku.. Maka sket sebanyak cukup la pakej perayaan kami.. baju raya yang aku tempah pun dah siap kata taylor aku alamak gumbiranya rasa hati...

kuih raya ada la sket2 yg dah siap.. mak aku plak sibuk dengan bisnes kuih Maruku dia, alhmdulillah rezeki dia bnyk plak dapat tempahan...mak aku buat sendiri tau.. aku pulak sibuk dengan bisnes kerepek bawang (aku amik dari pembekal daa hehe) nayaris2 jugak xdapat tau sbb pembekal aku buat hal last minit.. bayang la da abis tempahan aku tp kerepek blum dpt lagi.. bak kata adik aku kalo x dapat jugak kena lari la raya ni selamatkan diri huhu hampeh tul idea dia...

ape2 pun, dlm sediah ada gembira dalam suka ada duka. itu saja prinsip yg perlu kita pegang supaya kita sentiasa beringat dn ingat dn ingat... hehe

Thursday, September 10, 2009

PENGUMUMAN!!!!


salam.. hai semua.. amacam arini? ahaaaa nk share smthng ngn u all... tentu ramai yang tersenyum hari ni kan mengenai 2 perkara.. bukan org lain aku juga turut tersenyum.. mana tidak nya yang pertama adalah hari ni merupakan hari gaji bagi kakitangan kerajaan.. di bayar awal sempena musim perayaan.. bagus jugak kan kurang2 boleh la u all buat persiapan awal kn.. ( sama lah aku pun) dan yang kedua pula tentulah mengenai bantuan Aidilfitri ( bonus) yang di beri oleh pihak kerajaan yang sebahagiannya akan di bayar menjelang Hari raya nanti.. walaupun kali ini jumlah tidak seperti biasa yang diterima tapi syukur lah sekurang-kurangnya ada juga rezeki Hari raya nanti buat kita.. SYUKUR....

Wednesday, September 9, 2009

09/09/09

Baru aku terperasan bahawa sungguh cantik tarikh kari ni kan.. mungkin sesetengah pihak tarikh ini amat bermakna buat mereka kerana esk mahupun akan datang kita tak akan ketemu lagi 09/09/09 ini... pada sesiapa yang menyambut hari lahir, menyambut ulangtahun ku doakan selamat berbahagia hendak nya...

Bagi aku tarikh ini tidak memberi makna buat diri aku kerana tiada sejarah mahupun cerita di sebalik tarikh ini.. cuma aku mendoakan kebaikan bagi sesiapa yang bagi mereka tarikh ini memberikan makna yang terindah dalam rentetan kehidupan mereka.. dan bagi aku sekadar sempat mencoret kan sesuatu disini mencerminkan kenangan terindah dlam blog ku huhu..

Terus lah TERSENYUM....


Pastikan senyum itu terus terukir biar ape pun yang membelenggu jiwa dan sanubari anda.. Bukan mudah untk kita hadapi semua dugaan mendatang namun berkat kesabaran tentu akan ada penyudahnya..

Berbalik dari situasi semalam, aku terus-terus memikirkan itu dan ini.. tapi aku tetap tiada jawapan.. susah hati aku hanya DIA yang tahu.. dalam kesibukan begini aku di himpit oleh masalah-masalah tersebut.. aku perlu kuat dan aku anggap ia sebagai satu cabaran.. Doakan aku ye kawan2..

Tapi ini semua bukan kali pertama untuk aku hadapi.. aku yakin aku pasti akan berjaya jua.. InsyaALLAH berkat oleh DIA maha berkuasa.. tapi apa yang aku alami ni sama je kan macam sebelum ni.. Cobaan... tidak mengapa.. aku yakin apa yang telah di tentukan untuk aku.. aku terima seadanya jika itu adalah takdir dari DIA.. tapi aku harap sangat jika aku jatuh cinta lagi.. biar lah cinta itu di restui oleh orang tua ku.. akau harap jika jodoh aku telah tiba.. harap-harap biarlah dengan oarang yang aku kenal.. dengan orang yang aku sayang.. dengan orang yang aku cintai.. Tapi...... adakah teman untuk aku???? huhuhu...

Mungkin niat auntie aku baik.. harap kebaikan akan di balas dengan kebaikan juga.. InsyaALLAH.. smpi jumpa lagi.. Doakan ye... Salam....

Tuesday, September 8, 2009

aku yang susah hati

salam hai.... arini terlewat untuk update. aku sibuk ngn kerja2 harian aku.. maklumlah smlm kn cuti.. hari ni terkejar2 la wat keja..

aduh.. sungguh susah hati aku hari ni.. aku tau aku tak akan terlepas dari soalan2 cepumas tntg diri aku.. bagaimana untuk aku menjelaskan.. aku tidak tahu apa yg harus aku lakukan.. arghhh sungguh tidak ku duga.. sehingga ke tahap itu keluarga aku mengambil berat soal kehidupan aku.. aku tau niat mereka ikhlas.. hari ni aku di datangi soalan2 yg cemas dari auntie aku.. dia persoalkan tntg aku yang masih belum ada teman hidup.. katanya jika tiada dia ingin adakan.. bkn aku tidak mahu adakan.. tp aku masih lagi tertanya-tanya sendiri.. kalau mereka bmbg tentang aku.. aku lagi bimbang.. sejauh mana mereka fikirkan tntg itu.. lebih dari itu aku fikirkan..

siapa yang tak mahu ada teman kn.. tntu tiap manusia akan menjadikan itu sbg satu impian hidup mereka.. tapi aku?? aduh... cmner ni.. aku takut juga org yg auntie aku ingin kenalkan pada aku bukan pilihan aku.. mcm mana utk aku hadapi nnti.. lagi mngejutkan, auntie aku ada mnyatakan bahawa jika benar org itu ikhlas akn terus merisik aku selepas raya nnti.. arghh itu lagi parah.. aku tidak kenal pun org itu mungkin kah aku dapat terima nya nnti.. siapa kah org itu??????

aku sedar, selepas perpisahan aku ngn ex bf aku dulu sukar utk aku menerima cinta lagi.. hati tu teringin tapi kdg2 kurang yakin.. ermm biar la.. aku yakin suatu hari nnti pasti akan ada semua itu untk aku..

Friday, September 4, 2009

PICTURE.. PICTURE.. part 2

huhu awek ni lama dah x posing.. so arini utk tatapan u all hehe.. ala2 manja gitu kwang2. ada yg kata mata aku yg redup tu memikat hati sesiapa yg melihat ermm ye ker huhu aku x cakap eh tp kwn aku yg ckp gitu.. ape2 pun aku bersyukur kerana itu kurniaan Ilahi buat aku..

Muhammad Danial Haikal ni anak abg aku yang sulung.. leh tahan gak ni kerenahnya.. dia punya stail pakaian dah mcm bebudak besar.. ishh.. ishh..

Muhammad Arif Zahran... ni ank kakak aku yg no 2.. berusia 3 bulan dan skrg dah pandai ala agah2.. so sweet kn.. mmg aku cukup hepy kalo ank2 sedara aku balik bercuti kt umah. meriah sakan cm raya plak. biasa la ktorg adik bradik msti plan smthng special punya huhu..

huhu oleh kerana aku kurang inci jd kenalah pakai yg inci dia lebey.. ni la agak2 yg akn aku pakai utk raya nnti..

tahun ni kami telah sepakat satu keluarga nak guna tema biru untuk raya.. so ni la yg smpat aku beli masa ke kuantan baru2 ni.. ermm biru mmg peberet kaler aku dan paling penting ada batu2 yg berwarna-warni menyerlahakan lagi gaya si pemakainyannti hehe..

PICTURE.. PICTURE..

salam pagi jumaat.. ape khbar korang hari ni.. smga sihat sejahtera hendaknya sepanjang menjalani ibadah puasa... hari ni x tau nk share ape dan rasa2 nk share photo2 menarik jer ngn korang.. so, stay tune eh....

Yg sweet dan manja ni.. Nur Alyaa Zahraa anak kakak aku yg sulung.. ewah2 kalo bab melaram, menari, mendengar lagu, menghiburkan hati dia lah orang nyer.. baru je 2 thn lebih tapi petah bercakap..

picture ni aku amik masa kt pantai rompin.. masa ni mak ayah dorg x tau aku ajak dorg main pasir pantai hehe.. balik je aku kena marah, abis bebudak ni bermandikan pasir pantai.. huhu ampun buk... kalo dorg balik umah aku, mmg aku lah yg dorg cari utk p jalan2. nk g taman la, nk g pantai la.. makteh dia ni la yg kena bertangunggjawab....

Thursday, September 3, 2009

WADI UNUNG


WADI UNUNG - tidak seindah musim bunga, tidak sedingin air di kali, tapi, di sini, ada ketenangan, ada jiwa yang merasai setiap perasaan yang terluah antara kedua gadis ini, Azrin dan Fathihah. Ia cuma sebuah teratak yang dibina oleh mereka berdua. Namun yang istimewanya, ia menjadi segala punca pada sebuah kehidupan. Di sini juga lah, mereka mengotakan janji untuk terus susah dan senang bersama.

Namun sampai bilakah mereka akan terus bersama kerana masa depan terus menghambat dan menuntut kepada perpisahan.

Azrin terlalu kecewa bila mendengar berita pemergian Fathihah ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Fathihah tidak ada pilihan lain selain mengikut apa yang dihajati orang tuanya. Azrin tidak bertemu Fathihah saat Fathihah berangkat ke Australia kerana perselisihan faham yang berlaku di antara mereka. Namun dalam diam, Azrin mendoakan kejayaan Fathihah.

Pemergian Fathihah telah membuatkan hari-hari Azrin dirasakan terlalu sunyi, namun dalam tempoh lima tahun kesunyian terubat bila ada saja surat,e-mail ,gambar dan apa saja bentuk komunikasi yang menghubungkan mereka berdua diterima oleh Azrin. Dan sesekali kepulangan Fathihah tentunya dinanti dengan penuh debaran. Dia terlalu merindui sahabatnya.

LAKONAN : EJA, INTAN AZURA, FAIZAL YUSOF

WAKTU TAYANGAN : ISNIN - KHAMIS 6.00 PETANG ASTRO PRIMA

CERITA INI MEMANG MENARIK MENYEBABKAN AKU TIDAK AKAN KETINGGALAN MENGIKUTINYA. MULA2 DIPERKENALKAN OLEH SEORANG RAKAN IAITU SAHABAT BAIK AKU DAN AKU TERUS MENGIKUTINYA SEHINGGA HARI INI. MEMANG TERUJA KERANA IA ADA KENA MENGENA SEOLAH-OLAH BERCERITA TENTANG KEHIDUPAN AKU DAN SAHABAT BAIK KU ITU.KAMI MERASAKAN KISAH DALAM WADI UNUNG SEPERTI APA YANG KAMI LALUI CUMA YANG BEZA NYA KAMI TAK LA SMPI BELAJAR KT OVERSEA HEHE. LAIN2 TU MEMANG ADA PERSAMAAN MUNGKIN IA KEBETULAN KOT. AKU MERASAKAN TIADA RUGI BILA AKU MENGIKUTI KISAH DUA SAHABAT BAIK DALAM WADI UNUNG INI. TIAP KALI MENONTON AKU SERING KALI MELETAKKAN AKU DAN SAHABAT BAIK AKU DALAM WATAK AZREEN DAN FATIHAH MENJADIKAN APE YANG MEREKA LALUI KAMI DAPAT RASAI NYA. SIAPA AZREEN DAN SIAPA FATIHAH ANTARA KAMI HANYA KAMI SAJA YANG TAHU. KISAH PERJUANGAN DAN KASIH SAYANG SAHABAT MEMBUATKAN AKU KDG KALA MENITISKAN AIR MATA. BEGITULAH SAHABAT SEJATI DALAM MENGAHARUNGI SUKA DUKA KEHIDUPAN



SENYUM SEINDAH SURIA.....



Salam semua.. ermm dah 13 Ramadhan hari ni kan... cepat saja masa berlalu tp ia akn tetap berlalu tnpa kita sedari.. arghhh... memikirkn soal masa sama seperti aku memikirkan umur yang semakin menignkat... ermmm aku takut sangat huhu... bagaimana masa depan aku.. kehidupan aku.. teman aku.. cinta aku.. calon suami ku.. ????? semuanya dalam kepala otak aku.. bila masa teman2 bertanya itu dan ini di saat itu juga hati aku tidak keruan.. aku tidak akn dapat lari dari soalan2 spt... bila nk kawen? dah ada calon ker?? arghhhh ya ampun sabo je la bln2 pose ni....

Semua itu bkn kehendak aku.. kalo dorg risau pasal aku.. aku ni lagi la risau pasal diri aku sendiri.. aku pasti dgn Takdir Ilahi, pasti aku akn dapat merasai ape2 yg teman2 aku rasa iaitu kebahagiaan bersama insan tersayang dan aku juga yakin suatu hari nanti aku juga mmpu menjawab tiap soalan2 yg di lontarkan kepada aku.. InsyaALLAH..

Hari ni... rakan2 aku menegur...wajah aku berseri2 aje msuk opis pagi ni.. bila aku anto MMS kt mmber aku jwpn yg sama aku terima..hermm pasal ape ek... biarkan hnya aku sahaja mengetahui hehe.... okey la.. smpi sini dulu.. aku nk smbung wat keja jap... see u...

Tuesday, September 1, 2009

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!



SELAMAT HARI MERDEKA 31 OGOS 2009.. Telah 52 tahun kita Merdeka namun sejauh manakah kita merasakan diri kita Merdeka. Jika dulu kita bebas dari cengkaman penjajah tapi kini Merdeka kita di tahap mana? Merdeka kah kita jika melihat lebih banyak pengaruh budaya barat dalam kegiatan harian kita. tapi, susah untuk kita menduga kerana ia telah sebati dalam hidup kita.

Namun, bagi saya Merdeka kali ini lengkap jika kita bebas Virus H1N1, bebas dari polimik politik semasa yang kian lama kian meruncing masalahnya, bebas dari gejala tidak sihat dll. mampukan kita untuk menghalangnya? harap2 doa kita di makbulkan.

Ape2 pun perjuangan kita belum selesai dan sama2 lah kita terus bersama pimpinan YAB Perdana Menteri agar kita akan terus bebas dari cengkaman anasir luar dan MERDEKA bersama Rakyat Malaysia.

SALAM KEMERDEKAAN....

Thursday, August 27, 2009

RINDU KU TERHENTI

RINDU.... sukar utk kita merawatnya,
mgkin sesukar pnyakit yg menular sekarang...
biarlah rindu itu tak bersambut...
asalkan kita berpuas hati dengan sebuah kerinduan itu...

RINDU.... sukar utk di merngertikan..
perjuangan yg bertahun lamanya...
kecundang tnpa di duga...
bukan niat kita tapi itu lah suratan..

RINDU.... kalian tentu faham kn..
bila kita rindu fikiran kita asyik terkenang
pada yang jauh mahupun dekat
bukan sengaja utk di biar ke alpaan
tapi kekanggan tugas menghimpit situasi

RINDU.... bagaimana utk mngatasi?
mgkin kita perlu cari pnyelesaian
agar kita tidak terus merindu..
mungkin perlu kita lakukan..
biar lah org pula merindui kita...
kerana kita sudah penat menanggung rindu..

SALAM RAMADHAN



Salam Ramadhan buat semua.. rasanya masih belum terlewat utk aku melafazkan salam itu buat semua pengunjung blog ini... macam mana ramadahan anda kali ini.. semoga kita sama2 dapat manfaat dan amalan yg di lakukan di berkati..
Bagaimana dengan anda? azam Ramadhan kali ini? namun, dlm bulan ini kita tak akan terlepas dari segala ujian dan dugaan.. kita semua serupa... saya cuma mengharapkan satu sahaja... agar saya dapat melalui ujian2 itu dengan jayanya dan dapat memperbanyakkan amalan di bulan mulia ini.. mngharapkan juga sy menjadi seorag yang sabar dan tabah itu yang penting...

Awal2 ramadhan lagi sy telah di uji, rasanya kalo tiada kesabaran sy xtau ape yg bakal berlaku pada saya hari tu... dalam satu hari sy kena lakukan semua benda.. saya anggap itu sekadar ujian untuk menguji sejauh mana saya mampu menahan sabar dan sekuat mana saya mampu laksanakan tugas itu.. saya di uji dengan kerja2 yang datang sekaligus.. belum lagi smpt siap kan satu bab, dah muncul yg lain pula.. dah la tu terpaksa pulak keluar mnghadiri lawatan pemantauan, meeting, laporan2 tertentu yg perlu di siapkan, masalah2 di pejabat, kerenah staff yang sering mencabar emosi saya.... aduh!!! semua itu harus saya terima.... itu belum lagi kerja2 yang kita lakukan tidak di hargai.. aduhshhhhhhhh.... sabar je lah penyudahnya.. sy xmau citer lanjut nnti menjurus kepada amalan2 yg tidak patut kita lakukan di bulan mulia ini.. kurang pulak pahala puasa, sy x mau puasa hanya sia2..

Jadi, biar ape pun berlaku... jgn cepat mngalah.. lakukan dengan akal fikiran dan bukan lah dengan emosi yg mengelirukan.. samapi jumpa lagi..
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA....


Friday, August 21, 2009

RINDU SEKEPING HATI

Bila kita berbicara tentang hati.....

mgkin ramai yg mngalaminya sama ada mahu atau tidak.. sengaja atau tidak sengaja.. percayalah Rindu itu sebenarnya luhur yang datang dari hati kita yg suci... ia adalah sebuah keikhlasan..
tak salah kita merindu atau di rindui kerana ia bukan salah di sisi undang2 mahupun hukum syarak tapi biar lah Rindu itu bertempat dan tidak kepada yang bukan2..

Ohh.. aku mmg rindu.. rindu pada dunia kanak2.... rindu pada teman2... rindu pada kenangan lalu... rindu pada DIA yang maha pencipta.. rindu pada entah siapa yg harus ku rindui..
kadang kala, bila keseoragan kita akan merasai semua itu terutama rindu pada seseorg.. kalo pada teman2 senang pulak kita amik phne dan terus dail no dorg... kalo rindu pada DIA maha pencipta pulak panjatkan kesyukuran.. tapi rindu pada seseorang itu sememangnya sukar di bendung...

sy pernah baca sebuah novel motivasi oleh DR. HM Tuah bertajuk Aku di Hatimu... dlm tu ada selitkan motivasi yang berguna.. katanya.. jika kita mengunakan imiginasi kita untuk mengingati seseorg maka gelombang arus imiginasi itu bakal di terima oleh org yg kita ingati itu.. secara tak langsung org tersebut dapat merasai ape yg kita rasa... nnti sy rujuk balik buku tu utk dapatkn detail ek..

namun, sy pernah melakukan ape yg di pelajari dlm novel itu.. nk percaya 100% mungkin tak lah kot but ape yg berlaku, org yg sy ingati itu secara tak langsung juga mngigati sy.. tiap detik tiap ape yg sy lakukan msti berfikir tntg org tu.. kemudian, org itu tiba2 mngirimkan sms pada saya mngatakan hal yg sama... ermm menakjubkan... betul ke gelombang arus bleh terbina??? fikir2 kn lah...

Monday, August 17, 2009

ALAMAK!!!!!!


aduhai ape nak jadi ni... ermm xbleh di biarkan... terkezut giler rasanya... cmner leh jadi gini..

ahaa... nk tau ape kes???? korang tau x... hah? x tau.... meh nk kasi tau.. bermula lah sebuah cerita kwang2... aduh, tension betul la... tetibe je rasa sesak nafas... sendat.. ketat... semua ni gara2 aku dah x control makan.. aku dah xleh nk pakai kebaya la.... huwaa........ sedey nyer.... ari ni aku g opis ngn kebaya pink aku... sebulan da aku x pakai.. biasanya kalo time free.. kerja x stress.. rileks jer aku pakai la kebaya.. kalo nk kena outing aku mmg malas.. leceh sbb comfirm kena tinggal x pun kena ejek dek kwn2.. maklum je la kalo pakai kebaya ni jalan kena sopan santun... huhuhu..

tapi... hr ni aku pakai la. sbb da tau mmg dok opis je.. alamak.... slps je breakfast aku rasa cm x selesa je.. rasa nk balik je tukar baju.. sesak nafas tibe2.... aku perasan... berat aku dah naik la.. smpi tahap kebaya aku pun rasa ketat.. alamak, cmner ni.... aku ni dah gemuk ker? baju ni dah kecik ke? huhuhu.. ape aku nk buat eh.. aku mmg x memikir soal makan sejak 2 menjak ni.. malah aku rasa sntiasa lapo... sejam slps makan sure aku akn ke dapur balik... sebulan aku tgk perubahan aku ni... mmg betul la... dah naik berat aku.. Help Me!!!!!... cmner nk turun balik ni....

Friday, August 14, 2009

PERGINYA TAK KEMBALI


AL FATIHAH..

Semalam kita dikejutkan dengan perginya penyanyi utama kumpulan Rabbani Ustaz Asri Ibrahim akibat serangan jantung semasa membuat latihan persembahan di RTM.. mungkin berita ini mengejutkan semua di mana arwah merupakan penggerak utama kebangkitan nasyid negara.. sesungguhnya karya beliau membuatkan kita sendiri insaf dan berfikir berkenaan perjuangan dakwah beliau.. semoga roh nya di tempatkan di tempat golongan mulia di sisiNYA...

Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham... AMIN

Thursday, August 13, 2009

PATAH HATI VS SAKIT HATI

aduhai apa lah nasib kn.. bkn sahaja kita sibuk dgn H1N1 tp kena juga berhati2 pabila ada org sakit hati vs patah hati.... bkn utk aku untk berbuat demikian tapi ia sememangnya terjadi.. hahaha.. sebab ape ek..

1) aku terima YM dr seseorg... semalam kalo aku tak silap.. ermm nk tnya la korang marah tak kalo tiba2 anda di sapa dengan.... sombong... korang marah @ sakit hati tak... aku sebenar tak paham jugak nape aku di sapa sebegitu rupa... teruk sgt ke aku? aku x buat mslh pun ngn dia dia plak ckp cmtu.. adoyai.. ( ini kes sakit hati)

2) hr ni plak aku di sapa lg.. kali ni ok sket... ada perkataan salam di hadapannya.. kecik hati yg smlm x hilang lg... arini muncul lagi.. aku buat x kisah je.. jwb la salam tu dgn niat yg baik.. tup2 entah la ape yg x kena.. dr permulaan yg baik berterusan dgn pertengkaran... adoyai.. mslh betul.. kita da la xder mood dia plak cr pasal... entah la.. aku nk tnye korang la.. Ego sorg lelaki ni sukar ke utk di ubah? x faham lah aku... balik2 salah nmpk pada aku.. biarpun aku cuba dengan tidak marah semuanya jd sebaliknya... aku dh brdiam selama ini tp kenapa dia hadir untuk sakitkan hati aku? aku tau aku faham aku bukan yg terbaik tp x perlu lah buat aku begitu.. skrg aku amik keputusan untk tidak lagi memikirkan soal dia.. ( ini kes patah hati)

3) seterusnya plak.. hr ni jugk la.. aku tension giler ngn bos aku.. xtau aku nk citer cmner.. tp bg aku sbg sorg yg bertanggungjawab terhadap kerja2.... aku perihatin dgn ape yg aku buat.. sblm buat keputusan aku akn rujuk pd pihak berwajib.. tp lain dgn hal bos aku.. buat keputusan tnpa berfikir pnjang.. yg teruk dn kena tnggung akibat aku jugak lah... nasib la dia bos aku.. kalo ank buah aku dah lama ku tak sabar hehe.. (ini kes sakit hati)

4) ni kejadian minggu lepas.. entah semena2 aku dan sorg rakan setugas aku di unit peringkat negeri melancarkan perang dunia hahaha... aku x faham la ngn gurl ni.. pelik aku di buatnya.. bg dia aku semua x bagus.. pernah dia inform kt pngarah dlm meeting yg aku ni xpernah anto report.. alamak hangin nyer aku.. aku x sabar betul masa tu... aku dgr dr rakan2 jae sehingga pihak atasan sendri turun utk bertemu aku.... tp aku tidak bersalah so aku jwb je la.... nasib la pihak atasan adil dn saksama... aku cuma pelik je ada jugak org yg sanggup menjatuhkan seseorg dgn cara yg kotor kn... (ini edisi patah hati)

namun, itu lh lumrah, kita tidak akan dipandang baik selalu.. dlm kebaikan itu ada juga yg akan menilai tidak baik sama ada sengaja mahupun mmg disengajakan.. ape2 pun, aku tetap aku.. tidak akn berdendam dgn sesiapa... aku redha aje. angp ini ketentuan dan mengajar aku erti sebuag kehidupan....