Wednesday, September 30, 2009

FENOMENA BIRU.. PART 2

( jika ada sesiapa yang tiada dalam gambar ni jangan marah haaa)

TADAAAAAA....................
ahaaa ni dia keseluruhan fenomena biru untuk raya tahun ni.. ermm dari atok smpi la ke cicit semuanya biru..
jgn tak tahu ada juga yang cat rumah biru kot
sempena fenomena yg melanda ini.....
sebenarnya idea ini di cetus oleh seseorang.
beliau merupakan salah seorg ahli kuarga Haji Ali yg sentiasa punyai pelbagai idea untuk mengeratkan silaturahim antara kami.. Congrat 2 u Acik (tepi sekali barisan kedua dari kiri).... cuma kali ini impian untuk kami buat Rumah Terbuka tak dapat dilaksanakan berikutan beberapa sebab yang tidak dapat di elakkan..
Mybe tahun depan plak kot.... mgkin tahun depan kaler ape pulak yer????



Tuesday, September 29, 2009

FENOMENA BIRU..

salam hari selasa.. nk share sesuatu ngn u all.. huhuhu hari raya baru2 ni satu fenomena telah melanda keluarga kami... ahaa nk tau ker??? u all tgk picture2 ni je ek.... jom layan.....


sesi memohon ampun dan maaf di pinta dengan bonda tersayang... sure bnyk wat salah ni.. lama je tunduk huhuhu



ni plak anak beranak kakak (zulaiha) aku.... rasanya pakej lengkap dah dorg ni coz dpt ank sepasang... kalo tahun sebelum ni dia beraya dlm pantang thn ni x lepaskan peluang raya sakan..


my brother (zunaidi) ngn wife (eryani) dan anak dia.. ni ttp maintain bertiga ajer.. tiada penambahan lg setakat ni kata mereka



awek ni ttp la dgn cik myviputih dia la..( cm dia sorg je ada keta myvi kn huhu) entah bila nk ada pasangan kt sebelah tu cik kak... jawab sendiri la erk!!!



tok abah dan nenek bersama cucunda kesayangan mereka.. Danial Haikal 6 thn, Alyaa Zahraa
2 thn, Ariff Zahran 4 bln meriah kuarga ktorg dgn kehadiran mereka ini... muahhhh!!!!



ini lah yg dikatakan fenomena biru.... huhuhu semua sekali dah sepakat nak pakai biru kali ni.. ermmm look nice kn.... CAYALAH... next blog aku akn bgtau siapakan pencetus fenomena ini k..

see u...


Monday, September 28, 2009

CINTA.. KEHILANGAN.. KESEPIAN..


Arghhh sukar utk di mengertikan bila mula berbicara tentang hati... sedih pilu rindu dendam pasti akan terdorong dalam perasaan kita.. bagaimana untuk kita menghadapi situasi tersebut..

CINTA...
ia telah lama terpadam dalam kamus hidup aku.. sejak terputus pertengahan mei lalu ianya terlalu sukar untuk di ubati.. biar pun ada yang menganggap aku punca segala kerana tidak mahu mengalah, namun aku gagahi jua kerana tiada siapa yang mampu mengerti hati dan peraasan ku ini.. apakah aku ingin kembali menyediakan diri aku terhadap cinta? entah, aku pun tak tahu bilakah masa aku akan bertemu lagi dengan sebuah cinta....

KEHILANGAN...
aku merasakan kehilangan tempat mengadu.. mngkin juga ia mainan perasaan.. rakan2 aku punyai kebahagiaan mereka tersendiri.. aku pula bersendirian saje.. aku tak sanggup untuk membawa pendengaran mereka terhadap kesediahan yang aku alami ini.. bukan tidak mahu berkongsi tapi aku tidak mahu menyusahkan mereka.. pada aku, biarlah kesusahan itu aku hadapi sendirian.. mereka tengah bahagia aku tak sanggup untuk mengacau "mood" mereka.. mngkin mereka mengerti dan faham cuma mereka tak berani ingin bertanya pada aku.. raya aku tahun ni terasa sesuatu kehilangan.. arghh aku tidak mahu ingati kisah lalu..

KESEPIAN...
Dalam pada kesepian yang aku alami, aku menunpang kegembiraan rakan2 aku.. yg sorg da x lama nk jadi mummy dan yg sorang lagi x lama lg bakal dirisik, seterusnya bakal menjadi tunangan... mereka berdua adalah sahabat baik aku.. dan aku cukup gembira dengan berita2 ini.. biarpun kdgkala aku di gayuti rasa kesepian yg teramat sangat dlm hati ini namun, aku perlu sedar bahawa mereka x akan selalu ada untuk aku.. mereka ada kehidupan mereka yang perlu di beri tumpuan dan aku faham itu.. kalau pun sesekali aku rasa cukup sendirian kerna tanpa mereka peduli tentang aku, aku akn tetap sabar...ada sekali tu, aku rasa jiwa aku betul2 kosong tanpa siapa pun peduli.. semua pergi tingalkan aku terkapai2 sendiri.. arghh sukar betul utk aku jalani hari itu...

ape2 pun yg berlaku tentu ada hikmah yg terselindung disebaliknya, aku perlu faham bahawa hidup ini bagaikan roda.. aku pula hanya mampu untuk mnumpang kegembiraan org lain kerana di situ aku akan miliki sebuah kebahagiaan.. aku tetap mnyangi sahabat2 baik aku itu kerna aku hanya ada mereka di sisi aku.....

I'M BACK...


Salam selamat pagi buat semua..... ahaaaa.. im back.. lama rasanya cuti kali ni dan hari ini kembali bertugas seperti sebelum ini.. ermmm mula2 mmg la rasa malas mana tak nyer syok sgt cuti hari raya ni huhu.. tak pergi mana2 pun cuma bercuti di rumah dn jln umah sedara aje.. mgkin ada yg x best dgn cuti kali ni tp ada gak la yg leh ake selitkn dlm kamus hidup aku sepanjang cuti perayaan kali ini.. nnti aku story eh.. ape2 pun tugas dan tngungjawab sedia menanti aku.. aku nak mulakn dengan seceria yg boleh... lupakan seketika coretan dn kuih raya hehe......

p/s pelbagai cerita akn aku kongsikan di sini sepanjang hari raya.. so, wait n see okey.....
buat keja jap huhuhu

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA


SALAM, dah x berapa lama lg umat islam akan menyambut Aidilfitri.. justeru itu, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan kepada semua pengunjung blog ini dan semua yang "follow" aku selama ini.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAFA ZAHIR BATIN... jika ada yg tercoret di blog ini menguris hati dan persaan u all ataupun ada yang terkasar bahasa terhadap penulisan aku.. MAAF yerkk.. semua yang tertera di sini tidak ada kena mengena dengan sape2 pun.. mungkin jika ada persamaan itu adalah secara tidak sengaja...

aku pulak seminggu akan meninggalkan u all hehe.. cuti da.. so, aku naik cuti nnti barulah aku akn update eh.... nnti kan sesuatu yang terbaik dr aku buat u all..

SALAM ADILFITRI, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.. JAGA DIRI SELALU.. SEMOGA KEBAHGIAAN MENGIRINGI U ALL... MUAHHHH... (tentu aku rindu menjelang raya ini)
nnti kan ceritanya..........................

KaD RAYA... Horey.....

Salam Menjelang Raya semua,
alkisahnya semalam aku terima Kad Raya... aduh gumbira rasa hati.. mungkin bagi sesetengah org kiriman Kad Raya ini dah x di sambut baik lagi.. mana tidaknya sibuk dgn SMS, MMS, dn beberapa lagi alternatif lain untk menyampaikan Salam Aidil Fitri..
Tapi... tidak bagi aku, walau zaman serba canggih ini aku masih lagi menggunakan kiriman Kad Raya.. ada makna tau dengan cara ini... mgkin nmpak kolot tapi ia sebenar memberikan sentuhan yang mendalam buat seseorg penerima.. kwang2 yg 3 tahun lepas aku masih simpan lag tau.. so, aku tiap tahun.. pastikan rumah aku ada gantungan Kad Raya setiap kali Hari Raya... smlm aku terima kad dari kakak angkat aku Dj Terengganu FM Suhaila Md Daud.... Tq kak sue dan juga dari Sahabat PahangFM Camar Sejoli... TQ TQ TQ..
aku masih menunggu kad kiriman My Sister Sweet Atie... ermmm katanya mybe kesesakan di Pos Malaysia mnyebabkan kiriman dia blum smpi hehe.. TUNGGU!!!!.... dan aku juga gumbira kerana kad-kad yg aku kirim buat teman2 aku telah pun selamat di terima oleh mereka.. soal nk balas tu no 2 yg pnting "amanat" aku dorg telah terima hehe....

Tuesday, September 15, 2009

NyUm!! NyUm!!


Huhu.. amacam selera tak korang?? kalo aku ngn donut mmg x dapat di pisahkan bak kata opismate aku.. hampeh tul leh plak dia bagi gelaran tu kt aku..

al kisahnya, smlm semasa aku berkesempatan ke Kuantan kerana mengahantar laporan di pejabat KEMAS negeri.... masa on the way nk balik tu.. aku nengok EC MALL mcm memanggil2 nama aku hehe.. sbnr da lama sngat aku mengimpikan nk makan donut.. smlm tercapai jua... biasa kalo aku ke Kuantan donut kat Big apple ni mmg aku x ketinggalan.. akhirnya smlm aku berjaya memujuk opismate aku untuk ke Ec MALL.. dan menbungkus sekotak donut utk di bawa pulang huhu tq geng...

bab donut dah settle.. kes lain plak.. kami teruja dengan sale yg di buat kt tingkat bawah tuh.. alamak, korang bayang la kalo jenama gah spt Sembonia, Bonia, Carlo Rino, CR2 dll sale gile2... aku plak mmg da kehabisan bdget.. alamak mmg tangkap lelale nya... mmber aku sempat la rembat sepasang kasut bertumit, tali pinggang husband dia, baju ayah mentua dia... huh aku plak, dek kerana rakan aku ni "banker bergerak" smpat la gak aku merembat sepasang kasut Sembonia utk raya ni hehe....

15 hb SEPTEMBER 2009


Salam ramahdan buat semua.. pagi yang gelap kini sudah terang hehe

eh.. ape citer korang ek, x lama dah nk raya ni.. semua da ready ke? ermm aku nk citer sesuatu har ini yang berkaitan tarikh keramat seperti di atas... kalo 3 tahun lepas aku seorg budak hingusan.. ketika itu berada di Ibu Pejabat KEMAS Negeri Pahang untuk melapor diri bagi jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat ( Penyelia) Gred S17 atau dengan erti kata mudah di faham Penyelia Gerakan Daya Wawasan Parlimen Rompin.. ahaaa bapok pnjng jawatan aku kalo buat chop panjang berjela je penuh satu chop huhu nasib la.... sekarang dah 3 tahun genap aku bertugas sebagai penyelia KEMAS..

3 TAHUN YG MEMENIGKAN

ape yg aku dapat dan alami??? ahaaa mcm2 tau.. yg manis, yg pahit semua aku terima dan lalui.. sepanjang 3 tahun ni jugak la jawatan aku sering bertukar, mula2 Penyelia Gerakan Daya Wawasan( yang menjaga kampung-kampung dan sering berurusan dengan JKKK) kemudian buat penyelarasan semula aku di lantik sebagai Penyelia Perhubungan Parlimen (yg menjaga politik) dan kini selepas buat penyelarasan kali ke tiga aku dilantik pulak sebagai Penyelia 3P (yang menjaga aktiviti ekonomi desa kampung) huh sure korang pening kan aku pun mula2 pening jugak dan hanya org2 KEMAS je yg paham tntg semua ni hahaha....

PERIHAL KERJA AKU..

pelbagai yg aku alami, baik dengan kerja mahupun dengan staff aku dan tak ketingalan dgn bos aku.. pernah satu ketika iaitu tahun lepas aku dpt SKT rendah serendahnya.. Tuhan saje yg tau di kala itu.. logik ke bg korang kalo dapat 68% mau x keja aku jwb nya.. aku buat penilain terhadap anak buah aku x sngup nk bg rendah, aku bagi dia 80%.. tapi aku redha, semua itu adalah dengki seseorg pada aku.. namun, aku x buang masa terus contact Penolong Pengarah KEMAS dan ceritakan segala hal.. x lama slps itu, bos aku panggil dan dia baiki markah SKT aku kepada 83%.. beza tau.. itu lah hakikatnya, kalo kita benar jagan takut untuk memepertahankan hak kita..

baru2 ni jugak, bos aku ada sifat kurang puas hati dia kat aku.. mana tak nya aku dulu dn sekarang dah berbeza.. kalo dulu dlm bahasa kasar org bleh la nk ketuk2 kepala aku tp sekarang nk jentik pun da x bleh.. sbb???? aku akn sediakan "peluru-peluru" berpandu untuk aku "berperang" aku dah penat kena tindas dan sekarang tiba masa untk aku bertindak.. bkn untuk menunjuk kehebatan tapi sekadar untuk pertahankan hak kita x salah kan... baru2 ni dia lancarkan "mogok" dgn aku sebab aku x mau wakil kn dia Meeting dgn Pengarah KEMAS Pahang.. sengal ape nk suh aku wakil kan meeting besar mcm tu.. aku x layak la.. ptt nye dia pk la kan.. dan dgn itu dia cuba nk bg SKT aku rendah tahun ni dengan alasan aku dah 2 kali menolak untuk wakil dia pergi meeting.. yg aku tolak 2 kali yg aku terima utk wakil kn meeting lain da 10 kali xkan dia x pk2 jugak kn.. aku ada sbb2 trsendiri nape aku x mau pergi..
1) aku rasa aku bkn org yg selayaknya nk berhadapan dengan ketua2 jabatan lain
2) aku x snggup sbb pergi tnpa laporan2 utk di bentangkan
3) aku takut x semena-mena kena marah sbb anto wakil yg x dapat nk jalankan tugas dgn baik
4) aku ada Penyelia Kanan so.. hantar la Penyelia Kanan dan bukan hantar aku da....
kerana kes2 itu dia x mau bertegur dgn aku.. lantak la dn kalo kali ni dia bg markah rendah lg aku akan terus jumpa Pengarah.......

FIKIR LAH SENDIRI..
kalo korang rasa ape yg aku buat ni salah, itu bukan masalah aku.. bagi aku, cuma ingin pertahankan dan inginkan ketegasan dlm diri kita.. jngn tunjuk kita lemah kerana bila kita lemah akan ada lg yg bijak untuk melemahkan kita.. bukan semua nya x baik tntg kerja aku, bnyk lg yg baik dan aku ucap terima kasih.. cuma yg kurang baik spt ini seringkali mmbuatkan aku xder semangat utk terus berjuang dlm KEMAS... hak kita perlu kita pelihara...

Monday, September 14, 2009

KISAH SEMINGGU SEBELUM RAYA

Salam semua.... hari2 yg susah untk aku lewati namun aku gagahi jua.. aku rasa dlm bulan pose ni mcm2 hal aku kena lalui sendirian.. arghhh.. mula2 aku x sanggup nak nangis pun ade tp aku tetap sabar dan tabahkan hati akhirnya aku amiuk keputusan untuk menjaga hati aku dulu sebelum menjaga hati org lain.. biar lah org nk kata aku pentingkn diri tp aku tetap dgn keputusan aku kerana aku ada sebab2 nya yang aku sorang je faham..

Hari ni aku nak share somthing la... aku berkesempatan ke kuantan, selain menemani ayah aku yg ada temujanji di Hospital sbb masalah mata nya aku juga sempat ke Kuantan Parade.. ermm nk raya punya pasal xper la perabis sket untk aku dan anak2 sedara aku.. Maka sket sebanyak cukup la pakej perayaan kami.. baju raya yang aku tempah pun dah siap kata taylor aku alamak gumbiranya rasa hati...

kuih raya ada la sket2 yg dah siap.. mak aku plak sibuk dengan bisnes kuih Maruku dia, alhmdulillah rezeki dia bnyk plak dapat tempahan...mak aku buat sendiri tau.. aku pulak sibuk dengan bisnes kerepek bawang (aku amik dari pembekal daa hehe) nayaris2 jugak xdapat tau sbb pembekal aku buat hal last minit.. bayang la da abis tempahan aku tp kerepek blum dpt lagi.. bak kata adik aku kalo x dapat jugak kena lari la raya ni selamatkan diri huhu hampeh tul idea dia...

ape2 pun, dlm sediah ada gembira dalam suka ada duka. itu saja prinsip yg perlu kita pegang supaya kita sentiasa beringat dn ingat dn ingat... hehe

Thursday, September 10, 2009

PENGUMUMAN!!!!


salam.. hai semua.. amacam arini? ahaaaa nk share smthng ngn u all... tentu ramai yang tersenyum hari ni kan mengenai 2 perkara.. bukan org lain aku juga turut tersenyum.. mana tidak nya yang pertama adalah hari ni merupakan hari gaji bagi kakitangan kerajaan.. di bayar awal sempena musim perayaan.. bagus jugak kan kurang2 boleh la u all buat persiapan awal kn.. ( sama lah aku pun) dan yang kedua pula tentulah mengenai bantuan Aidilfitri ( bonus) yang di beri oleh pihak kerajaan yang sebahagiannya akan di bayar menjelang Hari raya nanti.. walaupun kali ini jumlah tidak seperti biasa yang diterima tapi syukur lah sekurang-kurangnya ada juga rezeki Hari raya nanti buat kita.. SYUKUR....

Wednesday, September 9, 2009

09/09/09

Baru aku terperasan bahawa sungguh cantik tarikh kari ni kan.. mungkin sesetengah pihak tarikh ini amat bermakna buat mereka kerana esk mahupun akan datang kita tak akan ketemu lagi 09/09/09 ini... pada sesiapa yang menyambut hari lahir, menyambut ulangtahun ku doakan selamat berbahagia hendak nya...

Bagi aku tarikh ini tidak memberi makna buat diri aku kerana tiada sejarah mahupun cerita di sebalik tarikh ini.. cuma aku mendoakan kebaikan bagi sesiapa yang bagi mereka tarikh ini memberikan makna yang terindah dalam rentetan kehidupan mereka.. dan bagi aku sekadar sempat mencoret kan sesuatu disini mencerminkan kenangan terindah dlam blog ku huhu..

Terus lah TERSENYUM....


Pastikan senyum itu terus terukir biar ape pun yang membelenggu jiwa dan sanubari anda.. Bukan mudah untk kita hadapi semua dugaan mendatang namun berkat kesabaran tentu akan ada penyudahnya..

Berbalik dari situasi semalam, aku terus-terus memikirkan itu dan ini.. tapi aku tetap tiada jawapan.. susah hati aku hanya DIA yang tahu.. dalam kesibukan begini aku di himpit oleh masalah-masalah tersebut.. aku perlu kuat dan aku anggap ia sebagai satu cabaran.. Doakan aku ye kawan2..

Tapi ini semua bukan kali pertama untuk aku hadapi.. aku yakin aku pasti akan berjaya jua.. InsyaALLAH berkat oleh DIA maha berkuasa.. tapi apa yang aku alami ni sama je kan macam sebelum ni.. Cobaan... tidak mengapa.. aku yakin apa yang telah di tentukan untuk aku.. aku terima seadanya jika itu adalah takdir dari DIA.. tapi aku harap sangat jika aku jatuh cinta lagi.. biar lah cinta itu di restui oleh orang tua ku.. akau harap jika jodoh aku telah tiba.. harap-harap biarlah dengan oarang yang aku kenal.. dengan orang yang aku sayang.. dengan orang yang aku cintai.. Tapi...... adakah teman untuk aku???? huhuhu...

Mungkin niat auntie aku baik.. harap kebaikan akan di balas dengan kebaikan juga.. InsyaALLAH.. smpi jumpa lagi.. Doakan ye... Salam....

Tuesday, September 8, 2009

aku yang susah hati

salam hai.... arini terlewat untuk update. aku sibuk ngn kerja2 harian aku.. maklumlah smlm kn cuti.. hari ni terkejar2 la wat keja..

aduh.. sungguh susah hati aku hari ni.. aku tau aku tak akan terlepas dari soalan2 cepumas tntg diri aku.. bagaimana untuk aku menjelaskan.. aku tidak tahu apa yg harus aku lakukan.. arghhh sungguh tidak ku duga.. sehingga ke tahap itu keluarga aku mengambil berat soal kehidupan aku.. aku tau niat mereka ikhlas.. hari ni aku di datangi soalan2 yg cemas dari auntie aku.. dia persoalkan tntg aku yang masih belum ada teman hidup.. katanya jika tiada dia ingin adakan.. bkn aku tidak mahu adakan.. tp aku masih lagi tertanya-tanya sendiri.. kalau mereka bmbg tentang aku.. aku lagi bimbang.. sejauh mana mereka fikirkan tntg itu.. lebih dari itu aku fikirkan..

siapa yang tak mahu ada teman kn.. tntu tiap manusia akan menjadikan itu sbg satu impian hidup mereka.. tapi aku?? aduh... cmner ni.. aku takut juga org yg auntie aku ingin kenalkan pada aku bukan pilihan aku.. mcm mana utk aku hadapi nnti.. lagi mngejutkan, auntie aku ada mnyatakan bahawa jika benar org itu ikhlas akn terus merisik aku selepas raya nnti.. arghh itu lagi parah.. aku tidak kenal pun org itu mungkin kah aku dapat terima nya nnti.. siapa kah org itu??????

aku sedar, selepas perpisahan aku ngn ex bf aku dulu sukar utk aku menerima cinta lagi.. hati tu teringin tapi kdg2 kurang yakin.. ermm biar la.. aku yakin suatu hari nnti pasti akan ada semua itu untk aku..

Friday, September 4, 2009

PICTURE.. PICTURE.. part 2

huhu awek ni lama dah x posing.. so arini utk tatapan u all hehe.. ala2 manja gitu kwang2. ada yg kata mata aku yg redup tu memikat hati sesiapa yg melihat ermm ye ker huhu aku x cakap eh tp kwn aku yg ckp gitu.. ape2 pun aku bersyukur kerana itu kurniaan Ilahi buat aku..

Muhammad Danial Haikal ni anak abg aku yang sulung.. leh tahan gak ni kerenahnya.. dia punya stail pakaian dah mcm bebudak besar.. ishh.. ishh..

Muhammad Arif Zahran... ni ank kakak aku yg no 2.. berusia 3 bulan dan skrg dah pandai ala agah2.. so sweet kn.. mmg aku cukup hepy kalo ank2 sedara aku balik bercuti kt umah. meriah sakan cm raya plak. biasa la ktorg adik bradik msti plan smthng special punya huhu..

huhu oleh kerana aku kurang inci jd kenalah pakai yg inci dia lebey.. ni la agak2 yg akn aku pakai utk raya nnti..

tahun ni kami telah sepakat satu keluarga nak guna tema biru untuk raya.. so ni la yg smpat aku beli masa ke kuantan baru2 ni.. ermm biru mmg peberet kaler aku dan paling penting ada batu2 yg berwarna-warni menyerlahakan lagi gaya si pemakainyannti hehe..

PICTURE.. PICTURE..

salam pagi jumaat.. ape khbar korang hari ni.. smga sihat sejahtera hendaknya sepanjang menjalani ibadah puasa... hari ni x tau nk share ape dan rasa2 nk share photo2 menarik jer ngn korang.. so, stay tune eh....

Yg sweet dan manja ni.. Nur Alyaa Zahraa anak kakak aku yg sulung.. ewah2 kalo bab melaram, menari, mendengar lagu, menghiburkan hati dia lah orang nyer.. baru je 2 thn lebih tapi petah bercakap..

picture ni aku amik masa kt pantai rompin.. masa ni mak ayah dorg x tau aku ajak dorg main pasir pantai hehe.. balik je aku kena marah, abis bebudak ni bermandikan pasir pantai.. huhu ampun buk... kalo dorg balik umah aku, mmg aku lah yg dorg cari utk p jalan2. nk g taman la, nk g pantai la.. makteh dia ni la yg kena bertangunggjawab....

Thursday, September 3, 2009

WADI UNUNG


WADI UNUNG - tidak seindah musim bunga, tidak sedingin air di kali, tapi, di sini, ada ketenangan, ada jiwa yang merasai setiap perasaan yang terluah antara kedua gadis ini, Azrin dan Fathihah. Ia cuma sebuah teratak yang dibina oleh mereka berdua. Namun yang istimewanya, ia menjadi segala punca pada sebuah kehidupan. Di sini juga lah, mereka mengotakan janji untuk terus susah dan senang bersama.

Namun sampai bilakah mereka akan terus bersama kerana masa depan terus menghambat dan menuntut kepada perpisahan.

Azrin terlalu kecewa bila mendengar berita pemergian Fathihah ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Fathihah tidak ada pilihan lain selain mengikut apa yang dihajati orang tuanya. Azrin tidak bertemu Fathihah saat Fathihah berangkat ke Australia kerana perselisihan faham yang berlaku di antara mereka. Namun dalam diam, Azrin mendoakan kejayaan Fathihah.

Pemergian Fathihah telah membuatkan hari-hari Azrin dirasakan terlalu sunyi, namun dalam tempoh lima tahun kesunyian terubat bila ada saja surat,e-mail ,gambar dan apa saja bentuk komunikasi yang menghubungkan mereka berdua diterima oleh Azrin. Dan sesekali kepulangan Fathihah tentunya dinanti dengan penuh debaran. Dia terlalu merindui sahabatnya.

LAKONAN : EJA, INTAN AZURA, FAIZAL YUSOF

WAKTU TAYANGAN : ISNIN - KHAMIS 6.00 PETANG ASTRO PRIMA

CERITA INI MEMANG MENARIK MENYEBABKAN AKU TIDAK AKAN KETINGGALAN MENGIKUTINYA. MULA2 DIPERKENALKAN OLEH SEORANG RAKAN IAITU SAHABAT BAIK AKU DAN AKU TERUS MENGIKUTINYA SEHINGGA HARI INI. MEMANG TERUJA KERANA IA ADA KENA MENGENA SEOLAH-OLAH BERCERITA TENTANG KEHIDUPAN AKU DAN SAHABAT BAIK KU ITU.KAMI MERASAKAN KISAH DALAM WADI UNUNG SEPERTI APA YANG KAMI LALUI CUMA YANG BEZA NYA KAMI TAK LA SMPI BELAJAR KT OVERSEA HEHE. LAIN2 TU MEMANG ADA PERSAMAAN MUNGKIN IA KEBETULAN KOT. AKU MERASAKAN TIADA RUGI BILA AKU MENGIKUTI KISAH DUA SAHABAT BAIK DALAM WADI UNUNG INI. TIAP KALI MENONTON AKU SERING KALI MELETAKKAN AKU DAN SAHABAT BAIK AKU DALAM WATAK AZREEN DAN FATIHAH MENJADIKAN APE YANG MEREKA LALUI KAMI DAPAT RASAI NYA. SIAPA AZREEN DAN SIAPA FATIHAH ANTARA KAMI HANYA KAMI SAJA YANG TAHU. KISAH PERJUANGAN DAN KASIH SAYANG SAHABAT MEMBUATKAN AKU KDG KALA MENITISKAN AIR MATA. BEGITULAH SAHABAT SEJATI DALAM MENGAHARUNGI SUKA DUKA KEHIDUPAN



SENYUM SEINDAH SURIA.....



Salam semua.. ermm dah 13 Ramadhan hari ni kan... cepat saja masa berlalu tp ia akn tetap berlalu tnpa kita sedari.. arghhh... memikirkn soal masa sama seperti aku memikirkan umur yang semakin menignkat... ermmm aku takut sangat huhu... bagaimana masa depan aku.. kehidupan aku.. teman aku.. cinta aku.. calon suami ku.. ????? semuanya dalam kepala otak aku.. bila masa teman2 bertanya itu dan ini di saat itu juga hati aku tidak keruan.. aku tidak akn dapat lari dari soalan2 spt... bila nk kawen? dah ada calon ker?? arghhhh ya ampun sabo je la bln2 pose ni....

Semua itu bkn kehendak aku.. kalo dorg risau pasal aku.. aku ni lagi la risau pasal diri aku sendiri.. aku pasti dgn Takdir Ilahi, pasti aku akn dapat merasai ape2 yg teman2 aku rasa iaitu kebahagiaan bersama insan tersayang dan aku juga yakin suatu hari nanti aku juga mmpu menjawab tiap soalan2 yg di lontarkan kepada aku.. InsyaALLAH..

Hari ni... rakan2 aku menegur...wajah aku berseri2 aje msuk opis pagi ni.. bila aku anto MMS kt mmber aku jwpn yg sama aku terima..hermm pasal ape ek... biarkan hnya aku sahaja mengetahui hehe.... okey la.. smpi sini dulu.. aku nk smbung wat keja jap... see u...

Tuesday, September 1, 2009

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!



SELAMAT HARI MERDEKA 31 OGOS 2009.. Telah 52 tahun kita Merdeka namun sejauh manakah kita merasakan diri kita Merdeka. Jika dulu kita bebas dari cengkaman penjajah tapi kini Merdeka kita di tahap mana? Merdeka kah kita jika melihat lebih banyak pengaruh budaya barat dalam kegiatan harian kita. tapi, susah untuk kita menduga kerana ia telah sebati dalam hidup kita.

Namun, bagi saya Merdeka kali ini lengkap jika kita bebas Virus H1N1, bebas dari polimik politik semasa yang kian lama kian meruncing masalahnya, bebas dari gejala tidak sihat dll. mampukan kita untuk menghalangnya? harap2 doa kita di makbulkan.

Ape2 pun perjuangan kita belum selesai dan sama2 lah kita terus bersama pimpinan YAB Perdana Menteri agar kita akan terus bebas dari cengkaman anasir luar dan MERDEKA bersama Rakyat Malaysia.

SALAM KEMERDEKAAN....