Wednesday, December 2, 2009

Nur Kasih



Mesti kalian juga pengemar drama bersiri ini bukan.. tidak terkecuali pemilik blog ini yang menjadikan "Nur Kasih" adalah salah satu drama terhebat yang pernah di tonton... melihat kepada jalan ceritanya aku mula tertarik, apa lagi pengisiannya yang cukup sarat dengan pengajaran, falsafah dan prinsip hidup, pengorbanan dan keikhlasan, cita-cita dan cinta, jodoh dan pertemuan.. elemen2 itu yg mmberi kekuatan pada drama ini sehingga membuatkan aku terpacak di hadapan kaca televisyen pada setiap Jumaat malam... barisan pelakon nya pula tidak kurang hebatnya betul2 menjiwai watak yang diberikan.. Tahniah kepada Pengarah, Penulis Skrip dan TV3 sendiri.... kini, drama ini telah pun tamat.. episod trakhir juga di anggarkan 5 juta penonton.. dan ia mmg benar2 mmberikan kesan kpd sesiapa sahaja pengemar drama tempatan.

Aku tidak pernah ketinggalan untuk mengikuti setiap episod yang sarat dengan elemen2 yg aku cakap tadi.. walhal jika terlepas pun aku akan tonton di www.tv3.com.. bukan nk trlalu memuji tapi aku cukup berminat dgn jalan cerita yg disampaikan cukup indah cukup mngkagumkan.. Cinta kepada Tuhan, Cinta kepada keluarga, cinta sesama manusia itu yg mmbuatkan aku rasa ini lah rentetan sebuah kehidupan.. Cinta, pngorbanan, kesetiaan, persahabatan semua di rangkum sekali...

Nur Amina... aku cukup sukakan watak ini.. warak, baik hati, penyabar, tegas, setia semua ada pada dia.. aku juga cuba membayangkan adakah aku boleh menjadi seperti Nur.. mungkin tidak.. aku lihat Nur cukup sempurna dengan kebaikannya... sedangkan aku seorang insan yang sering kecewa dengan cinta.. kurang pengetahuan tentang agama dn yg cuba sedaya upaya untuk perbaiki amalan seharian.. cuma apa yg menarik.. kesetiaan Nur menunggu Adam suaminya.. itu yang menjadi pemangkin semangat aku..

Adam Hassan... seorg yg mngaggap islam adalah kongkongan.. seorang yg sosial.. dan paling perit snggup melukai hati org yg mnyangi dia... terpaksa berkahwin dengan org yang pada mulanya dia tak cintai.. tapi lama kelaman dia mngerti bahawa cinta Adam dan Nur adalah takdir yang ditentukan.. namun, selepas melalui pengalaman perit dia mula berubah.. perubahan itu yg mmbuatkan cerita ini lebih mndatangkan keinsafan...

Aidil... seorg yang alim.. snggup ketepikan cinta nya demi org yg dia sayang.. sabar dan bijak menguruskan masalah.. bila dia di fitnah dia cuba sedaya utk keluar dari kemelut itu.. akhirnya jodoh tetap ada utk dia bersama Alya seorg anak datuk yg punyai kecintaan terhadap agama..

Sarah.. mula2 rasa nk marah dengan watak ni tp sebenarnya watak ini lah yang secara tak langsung bnyk mngajar kita erti "jangan mengalah". snggup lakukan apa saje utk dapatkan cinta yang di hajati sehingga sanggup menfitnah darah daging nya sendiri.. kejam bukan... aku tidak mahu jd spt Sarah yang tidak mengerti penat dlm menjatuhkan org2 yang mnyangi dia..

Nur Amina dan Adam Hassan sememangnya dua insan yang telah di takdirkan.. pelbagai rintangan mereka lalui dan berkat kesabaran akhirnay mereka tetap bersama... aku juga ingin menjadi seperti pasangan ini yang setia dalam mengejar cinta sejati... jika itu takdirnya maka ia tetap menjadi hak kita.. usah gusar atau bimbang kerana DIA telah mentakdirkan yang terbaik buat hambanya...


SEKIAN coretan cerita tentang Nur Kasih...


DERITA MERINDU...


Aku benar2 rindu... tp adakah sesiapa yang mengerti tentang hasrat hati ini.. mungkin "Derita Merindu" itu selayaknya utk aku.. Aku cuba mengelak namun kerinduan itu tetap hadir.. apakah salah dengan kerinduan ini.. aku benar2 tak layak untuk merindui dia.. sukar bukan utk org mngerti hati ini.. arghhhh... aku rindu.... dengar lah bisikan hati ini bahawa aku benar2 rindukan dia... aku ingin dia mngerti dan merasai apa itu rasa rindu... sekali pintu hati ini di ketuk oleh kerinduan maka kerinduan itu akan terus kekal berada di situ.. aku akan terus menanggung derita rindu ini biarpun aku sebenarnya tidak layak lagi untuk merindui dia.. maafkan aku kerna merindui kamu..

Tajuk/Lirik Lagu: Derita Merindu

Artis/Penyanyi: Ahli Fiqir

(Rap)
Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

(Rap)
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

(Ulang) (2x)
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

(Rap)
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

(Rap)
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa


Tuesday, December 1, 2009

1hb DISEMBER 2009

( Ini lah cinta sejati ku, setia menemani ku ke mana perlu...)

Salam Sayang Buat Semua...

Setelah sekian lama, kini aku kembali.. sory bkn sngaja tp masalah teknikal yg mnjadikan aku begini hehe...selama hanpir sebulan ni bkn merajuk atau lupa kt u all.. but sistem asik error je tu yg x dapat mnjenguk..

By the way... sempena hari pertama dalam bln terakhir tahun 2009 ni, aku akn create smthng...
huh... aku rindu sebenarnya.. rindu sangat pada cintaku yg pupus di tengah jalan.. serasa serik utk bercinta... seperti fobia dengan janji2 manis lelaki... bkn utk aku memperkicilkan mereka.. mungkin setengah dr mereka yg punyai sikap begitu sehingga wanita2 sekarang terasa Cinta adalah Permainan..... Benarkah begitu?????

Bila keseorangan, aku memang terasa.. teringat kenangan manis bersama.. sama2 buat perancagan.. sama2 berbincang.. berbual.. bercerita utk legakan fikiran... namun, sekarang hanya tinggal aku sendirian.. tiada lagi kegembiraan.... oh Tuhan Ampun kn aku jika aku bersalah.. aku rindukan dia.. kasih sayang.. tumpuan.. perhatian... aku benar2 rindu.... tapi siapalah aku.. mungkin aku tak layak buat dia....

Kawan2 ku pula.. dalam kegembiraan mereka ada juga kdg kala menitiskan air mata.. biasa lah hidup berumah tangga pasti ada dugaan melanda.. aku simpati dengan sorang kawan aku tu.. aku harap dia bersabar.. semoga kelahiran anak dia nanti akan lebih memberi makna buat keluarganya..

Yang sorang lagi... pasti tgh bahagia dengan cintanya.. aku harap2 lelaki itu jodoh yg tepat buat dia.. aku harap dia akn bahagia dgn perkahwinanya tahun depan.. walaupun kdg2 dia ada maklum kan bahwa sering berkecil hati tp aku harap itu hanya dugaan kecil buat dia.. aku teringin utk melihat dia bahagia dengan pasangannya nanti..

Farahanim... sahabat aku ni telah selamat melahirkan bayi perempuan comel pada
24hb November 2009.. bayi seberat 3.3kg ni sungguh comel mcm mak dia gak... tahniah sahabatku.. semoga kehadiran fifi akan memberi kebahagian berpanjangan buat kalian..

Che Ragayah Che Omar... cikgu kesayangan aku telah pun selamat di ijabkabul bersama pasangannya pada 29hb November 2009. tahniah cikgu, setelah sekian lama sy menunggu akhirnya penantian cikgu berakhir jugak... walaupun 7 thn lepas dia mngajar aku tapi sampai sekarang kami berhubung.. malangnya, aku tak dapat mnghadiri majlis nya di Kelantan akibat banjir yang melanda.. namun begitu dari jauh ku kirimkan doa agar kebahagiaan milik kalian..

Aku gembira dengan ceritera rentetan perjalanan hidup ku.. pahit manis semua aku lalui utk tahun ni.. tapi bagaimana dengan aku utk masa hadapan... Tahun baru akan 30 hari lagi.. nak tak nak pasti kena tempuhi juga.. tahun ni memang bnyk yg aku kena lalui.. yang paling menyedihkan adalah tentang cinta.. ramai yg sering bertanya tntg perkahwinan aku namun itu hanya tinggal kenangan.. tahun 2010 aku dah berusia 27 tahun... melihat shbt2 telah selamat, aku semakin bimbang.. kdg kala bila mnghadiri majlis perkahwinan kawan2 air mata terasa ingin jatuh dr kelopaknya... sebak.. aku redha.. mungkin waktu dan ketika utk aku masih belum tiba.....