Tuesday, March 30, 2010

IMPIAN TERLAKSANA TANGGAL 28/03/2010

(sahabat ku kini bahagia dengan pasangan masing-masing)

Salam u all... aku cukup gembira di hari tersebut.. dan kegembiraan itu akn aku jadikan sebagai azimat untuk terus melangkah..

memang benar.. saat di pelaminan inda, di satukan dengan insan yg kita sayang itu adalah salah satu sejarah dalam hidup yang akan di ingati sampai bila2.. dan seorang lagi sahabat baikku telah pun melalui gerbang tersebut. pada tanggal 28 mac 2010 siti rahiah binti baharim telah selamat di satukan bersama pasangannya mohd khairul nasir. aku turut hadir di majlis tersebut bersama sahabat dan teman ku.. saat melihat dia di sandingkan air mata ku hampir menitis. inilah impian kak aty ( atiesweetgirl ) sejak dari dulu lagi. alhamdulillah impian dia kini menjadi kenyataan. walupun pelbagai dugaan dan cabaran yang beliau lalui selama ini dan hari ini telah terbukti bahawa jodoh dia telah di takdirkan jua.. selamat pengantin baru kakak ku.. moga bahagia hingga ke hujung nyawa. maka, bermula lah episod baru dalam hidupnya dan aku sebagai teman akan sentiasa doakan yang terbaik buat dia amin..

semua rakan baikku telah di pertemukan jodohnya bersama insan yang telah tercipta buat mereka.. namun, aku di sini akan terus sabar menanti jodoh yang bakal di tentukan buat aku. aku akan terus berdoa agar aku juga punyai kesempatan untuk mengharungi detik-detik seperti mereka suatu hari nanti.. insyaallah..

No comments: