Monday, May 17, 2010

Terima Kasih CIKGU.....



Salam seceria pagi... alhmdulillah, hari ini muncul lagi dan dengan penuh harapan agar hari-hari yang di lalui menjanjikan yang terbaik buat semua.. Tanggal 16 Mei setiap tahun tarikh ini tak akan mugkin di lupakan.. kerana ia di kira bersejarah buat insan yang bergelar Cikgu.. Jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa tak dapat di nafikan lagi.. dan sehingga hari ini aku tak pernah terputus hubungan dengan cikgu-cikgu ku.. sejak di alam persekolahan lagi, aku memang rapat dengan cikgu-cikgu di sekolah dan bukan lah mustahil jika sehingga hari ini kami bertemu dan bertegur sapa dengan penuh mesra tiap kali bertemu.. ada juga yang turut mengundang aku di majlis perkahwinan mereka.. aku rasa begitu istimewa apabila di hargai...

bagi aku, tiada ruginya jika kita mewujudkan hubungan rapat dengan cikgu, kerana dari situ perhatian dan tumpuan dia akan lebih kepada kita.. kita gunakan lah peluang itu sebaik mungkin untuk menimba ilmu.. walaupun nasib aku tak sebaik kwn2 lain yang telah berjaya ke Menara Gading tapi aku tetap bersyukur kerana aku telah mempunyai pekerjaan yang tetap berbanding rakan2 lulusan universiti yang masih tercari cari pekerjaan yang sesuai dengan mereka... buat kalian aku doakan selamat berjaya..

terkilan rasa hati bila melihat di zaman sekarag profesion perguruan ini terlalu mencabar. bukan kerana apa tapi sedih pabila melihat pelbagai ragam dan cara anak murid sekarang menentang guru mereka. tak boleh salah sikit, terus simpan dendam dan kalau nasib tak baik memang guru itu mereka kerjakan.. mengapa semua ini boleh berlaku.. bukan kah seorang cikgu itu ibarat ibu bapa kita di sekolah.. mereka yang menjaga dan di beri tangungjawab untuk mendidik kita. apa salah nya jika berbuat baik pada mereka kerana jika berjaya bukan cikgu yang untung tapi kalian juga yang untung.. sedar dan ubah lah presepsi anda terhadap guru-guru anda.. kerana pada zaman pesekolahan saya dahulu perkara seperti ini susah sangat nak berlaku...

apa-apa pun, jasa dan pengorbanan guru perlu kita hargai kerana tanpa mereka siapalah kita hari ini.. sayangi dan hargai guru anda.. buat Cikgu Che Ragayah Che Omar, Cikgu Hasmah Mohamed, Cikgu Fadilah dan semua bekas guru yang mengajar saya di SMK Rompin, jasa dan tiap ilmu yang kalian berikan tak akan mungkin saya lupakan sampai bila-bila.. SELAMAT HARI GURU... semoga kalian terus di beri pengiktirafan dalam membentuk anak bangsa, jagan mudah mengalah kerana kalian adalah yang terbaik buat kami semua....






No comments: