Monday, October 11, 2010

SaLam 10/10/10

Salam semua.. sudah berabuk kotak bicara ini akibat tiada siapa yang peduli... maafkan saya kerana kurang memberi perhatian tentang bicara hati ini...bukan malas, bukan tak ada masa.. kadang2 waktu bermadah itu terhad.. di tambah pula dengan idea semakin kering dek kerna aku sibuk melayani kotak hati ku sendiri... yang lepas biar lah lepas.. hari ini saya kembali untuk bertemu pengikut saya ( masih ada lagi ke yang setia agaknye ek)

Apa cerita dengan 10/10/10.. pasti yang kawen telah pun selamat ijab dan qabul nya.. yang sambut birthday pun dah siap potong kek nya... cuma, di kesempatan yang ada hari ini... saya telah menghadiri beberapa majlis perkahwinan sekitar bandar Kuantan.. sekadar meraikan dan mengambil berkat hehehe...

Terfikir dan teringin juga.. dalam hati sibuk berkata.. "bila giliran aku untuk duduk bersanding di pelamin anganku sendiri".. aku yakin, suatu hari nanti aku akan tetap di raikan.. sekarang biarlah aku hanya meraikan... bila sudah tiba masa itu nanti.. aku akan hargai nya dan meraikan bersama jodoh yang telah di takdirkan buat aku...

ermm.. malam sudah lewat, esok aku akan kembali bertugas kerna sebelum ini seminggu aku berada di Terengganu di sebabkan tuntutan kursus... ok, sayang.. selamat malam dan jumpa lagi....

No comments: