Sunday, February 13, 2011

Encik Tunang, Pink dan Lempeng Kelapa


Assalam, salam hujung minggu buat semua..
Dua perkara yang saya ingin kongsi kan hari ini adalah berkaitan dengan seorang lelaki yang sentiasa bertahta di hati saya.. mungkin agak pelik bagi orang lain tapi cukup indah buat saya..

Setahu saya, encik tunang agak jarang sekali mengenali warna pink.. bagi saya pulak, warna pink ni sememangnya menjadi pilihan hati saya.. rona warna yang lembut membuat jiwa kita mudah tersentuh bila memakainya.. sejak dia kenal saya, dia mesti kenal dengan warna pink. dari dulu saya memang gemar dan teringin si pujaan hati saya ni memakai baju pink sedondon dengan saya.. dan digayakn pula dengan kasut putih, memang mengancam la.. alhamdulillah, sejak hari pertunangan kami encik tunang mula "mencintai" warna pink hehe.. so sweet la abang.. Zaman dah berubah, kalo dulu orang fikir pink tu sesuai untuk lelaki lembut sahaja.. tapi tidak pada masa sekarang.. lelaki bertubuh sasa spt Fahrin Ahmad, Aaron Aziz, Norman Hakim (sekadar memilih beberapa nama) turut mengenakan rona pink.. dan mereka nampak lebih macho dengan gaya pink..

1st time encik tunang mengayakan pink pada majlis merisik.. alamak, cair sekejap hati ku tgk pakaian dia.. huhu.. next, encik tunang pakai kemeja pink .. masa majlis pertunangan coz tema hr tu pink biru.. sejak dari tu, encik tunang dah tak kekok dengan pink.. kalo pergi shopping dengan saya, bila pink di mata saya.. pink juga di mata dia... tq sayang coz sangat memahami jiwa ini..

Pink itu minat saya yang encik tunang terima dengan seikhlas hati.. dan sekarang favourite dia lak yang saya perlu akur.. tak susah dan langsung tak cerewet encik tunang saya ni.. bila pertama kali saya dapat tau dia suka makan lempeng kelapa.. terus saya belajar dengan my mum.. mula2 tu kena ada bantuan la sbb tak pernah buat... 1sti time encik tunang datang untuk mengenali ahli kuarga saya merangkap datang beraya.. hidangan special saya untuk dia adalah lempeng kelapa.. suprise!! jelas di wajah dia teruja dengan apa yang saya persembahkan.. dalam diam time tu saya dah tunaikan impian dia..

Encik tunang makan dengan penuh minat, 3 keping lempeng dia berjaya habiskan dalam keadaan malu dan segan hehe.. 2nd saya hidangkan lempeng masa kuarga dia datang merisik.. tapi dia tak sempat nak merasa.. 3rd saya hidangkn lempeng hasil air tangan saya sendiri masa dia datang selepas sah menjadi tunangan saya.. katanya, kalo lempeng hari2 pun dia tak kisah.. di cicah lak dengan sambal bilis.. memang terangkat habis..

Sebenarnya, dalam sebuah perhubungan itu kita harus saling mencintai minat pasangan kita.. bila kita mula mengetahui kesukaan pasangan kita, lakukan lah dengan seikhlas hati dan secara automatik si dia juga akan memahami minat kita selagi tak melanggar syarak.. insyaallah, itu lah yang kami amalkan..

No comments: