Thursday, July 21, 2011

bila status bertukar nanti...

pejam celik pejam celik.... wah, saya rasa dah tak cukup hari utk buat persediaan.. tak berapa lama lagi status saya akan bertukar... saya bukan lagi Cik tapi bakal bergelar Puan dan suri dalam hidup seorang suami.. pelbagai rasa yang saya hadapi sekarang.. dalam pada itu pelbagai dugaan hadir kadang kala menjadikan saya sangat kerdil untuk menghadai semua itu.. saya sangat bimbang jika saya terlalu mengikut perasaan saya akan lebih lemah.. owh.. saya benar benar perlu kana sebuah kekuatan dan sokongan darai semua pihak..

kata seorang kawan saya.. tak mustahil dugaan tu datang di waktu ini.. kata nya, apabila pasangan itu ingin mendirikan rumah tangga.. syaitan akan marah dan akan menghasut dengan pelbagi cara untuk mempastikan keadaan menjadi lebih rumit.. tapai, tak perlu nak takut semua tu sebenarnya.. kita perlu yakin dengan DIA.. insyaallah DIA akan selalu dan sentiasa berada di sisi kita dalam apa jua keadaan sekalipun..

dalam keadaan kelam kabut itu, bohong kalau saya kata saya tak happy.. mengalami perubahan yang amat besar dalam sebuah kehidupan pasti cukup indah dan akan di kenang sampai hujung usia.. saya mengharapkan saya mampu menjadi isteri yang baik buat seorag suami yang terbaik.. dia adalah lelaki yang sangat saya cintai yang berjaya mencuri sekeping hati saya.. kasih sayang yang dia berikan tiada tandingan dan saya sangat hargai... luv u so much dear... sama sama kita nantikan waktu itu untuk kita di satukan...

No comments: