Thursday, July 21, 2011

Review Nur Kasih The Movie


Semalam saya baru berkesempatan untuk menonton Nur Kasih The Movie.. dah lama saya menanti akhirnya dapat juga menonton walaupun di rumah.. Saya dah lama terbuai dengan kisah cinta Adam dan Nur Amina.. Bagi saya kisah cinta mereka sangat menarik.. Cinta Adam (Remy Ishak) dan Nur Amina (Tiz Zakiah) sangat real sehingga saya sangat teruja untuk menanti ending nya..

Ternyata penantian saya tak sia sia.. tak mustahil jika cerita ini mampu catat kutipan juta2... Drama bersiri sebelum ni pun saya tak ketinggalan mengikutinya.. yang membuat saya rasa sangat bangga bila Adam sanggup lakukan apa sahaja demi cintanya terhadap Nur Amina.. Bagi Adam, Nur adalah segalanya bagi dia.. Adam sanggup korbankan apa sahaja demi Nur Amina. Adam sanggup ke tempat kejadian apabila keretapi yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori menyebabkan mereka kemalangan.. Apabila menyedari cincin perkahwinan mereka hilang semasa kejadian tersebut, Adam nekad untuk kembali dan mendapatkan cincin tersebut untuk Nur yang di cintai.. Dalam perjalanan pulang, kereta yang Adam pandu hilang kawalan dan Adam terperangkap dalam kejadian ribut pasir yang melanda.. kemudian, Adam hilang beberapa hari menyebabkan Nur Amina terpaksa report kepada pihak berkuasa untuk menjejaki Adam sampai jumpa.. pelbagai dugaan yang perlu mereka hadapi dan akhirnya mereka akur dengan tuntutan sebuah takdir.. saya beri 8 bintang untuk cerita ini.. ending juga menarik.. tahniah buat pengarah nya.. dalam cerita ini saya temui pelbagai rasa..

Menarik bukan kisah cinta mereka.. ada lagi tak suami zaman sekarang yang sanggup berkorban apa saja demi cinta nya terhadap isteri.. bila menonton kisah tersebut.. hidup saya jadi terbuai.. rasa ingin di cintai seperti mana Adam mencintai Nur.. wah, tinggi nya anganan saya kan... insyaallah tak mustahil kan jika cinta yang kita ada kita beri buat orang yang kita sayang..

Semoga kisah cinta saya dan si dia juga akan terus bersemi sehingga akhir nanti.. cinta yang tulus, ikhlas akan temui keberkatan dari DIA yang Maha Esa.. sanggup bertolak ansur, saling memahami, mengahadpi apa jua dugaan tanpa mengalah insyaallah impian itu akan menjadi kenyataan suatu hari nanti tat kala lagi sebulan saya akan bergelar isteri kepada dia yang tersayang...

No comments: